Catatan

:: Antara Dunia dan Pilihan ::

Imej
                     Subhanallah!. Dah hampir setahun lebih rupanya aku tak merajinkan diri untuk singgah dan menekan papan kekunci dalam blog ni. Ya, tarikh terkahir adalah 17 Februari 2014. Boleh jadi tarikh keramat aku ni. Eh.             Kalau diikutkan hati yang sejahtera, memang ingin saja aku menulis setiap hari. ODOP. One Day, One Post. Errrr. Tapi apakan daya, terlalu banyak amanah yang harus diselesaikan. Ini pun mencuri masa. Sebab, kebiasaan seorang penulis, bukanlah setiap waktu itu sesuai. Tapi, nak menulis kena ada masa tertentu yang sesuai. Waktu di saat idea tengah mencurah ke ladang gandum.             Sedar tak sedar dah hampir tahun kedua semester terakhir aku sambung master nih. Kalau ikutkan target, mahu habis on time. Tapi, inshaa Allah, cuba sedaya upaya supaya boleh habis on time. Tap...

:: Hanya Kerana Cinta Kamu.....?!!! ::

Imej
Hammasah!. Semangat! Di keheningan malam yang indah. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa menghembus kulit. Saat itu terasa hebatnya Allah menciptakan angin. Walau rupanya tidak kelihatan, tetapi kewujudannya dirasai. Ada tanda di sebalik kewujudan itu. Itulah hebatnya Allah menciptakan segala ciptaannya dengan fungsi yang tersendiri. Kehebatan Allah itu jelas bilamana wujudnya manusia. Yang juga punya fungsi yang tersendiri. Menjadi ‘abid dan khalifah. Itu fungsi utama. Ditambah lagi kehebatan Allah itu dengan wujudnya manusia yang terdiri dari dua jantina. Lelaki dan wanita. Kaum Adam dan kaum Hawa. Keduanya mempunyai tafsiran dan nilaian jiwa yang berbeza. Membuktikan kuasa Yang Esa. Saat bersemangatnya dalam dakwah             Akhi Fahrin: “ Salam akhi, program adik-adik minggu ini nak buat kat area mana?. Boleh akhi ‘confirm’kan?. Ana nak inform semua adik halaqoh ana ni…=) “      ...

:: Usrah!. Allah pasti tunjuki jalanNya ::

Imej
Allahu Allah. Alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi jua kesempatan untuk saya meneruskan penulisan. Setelah melihat blog sahabat, owh, rupanya saya sudah hampir 3 bulan tidak menerjah ke alam blogging ini. Mungkin dek kerana kesibukan sebagai seorang pelajar pascasiswazah di sebuah universiti ternama di Malaysia ini... Ada sahabat ikhwah bertanya, “ Akhi, lama tak update blog!..Busy ke?! “. Itu soalan biasa!. Kerana nak mengemaskini blog bukanlah suatu yang mudah seperti mengemaskini status di Facebook. Ia perlukan satu ruang masa yang sesuai. Sesuai agar penulisan itu ditulis mengikut rasional diri bukan sekadar beremosi…             “ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar        akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah   benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.( 29:69) Entah mengapa, saya suka b...

:: Kenapa jahiliyah masih bersarang?...T_T ::

Imej
-Jangan jadi manusia yang jahil- “ Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan ber syukur lah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. [2:152] Nilainya seorang hamba bermula di pagi hari. Bagaimana dia berpagi-pagian. Berpaginya seorang muslim sejati dengan tunduk dan sujud dengan penuh nilai kehambaan di hadapan Rabbnya. Tiada nilai erti cinta tanpa menterjemahkannya dalam amal pengibadatan kita. Paling kurang, ringankanlah tanganmu untuk mengangkat buku kecil bernama Al-Mathurat ( atau kini dah ada versi Android ..;- ) Sebagai hambanya, nilai sebuah muhasabah itu amat tinggi. Kita sang hamba ini sering kali melakukan dosa tanpa sedar, mungkin juga ada yang sedar. Muhasabah itu adalah sebaik-baik renungan buat diri yang sering lalai dan alpa dari sebuah ketaatan yang mutlak padaNya. Adakah layak kita akan cintanya seandainya dosa dirasai biasa?. We need reflect ourselves. Tapaki bumi dengan iman    ...

:: Kenapa lupa kerja asas ini?! ::

Imej
-Menulis keranaNya- Mencuri masa untuk menulis!. Itu biasa bagi seorang penulis blog yang ingin menulis dalam keadaan banyak lagi kerja nak buat. Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan olehnya untuk menulis dengan berbekalkan segelas air masak dan kek red velvet (first time makan) yang harganya RM5.50… Kadangkala bila nak mula menulis, mesti ‘ blank ’. Tak tahu nak mula macam mana. Lepas istighfar dan tenangkan minda dan jiwa, barulah idea tu datang semula. Inilah manusia. Mudah sangat alpa sesaat… Sekarang buka saja MukaBuku, maka banyaklah status-status yang Islamik. Bukan sekadar Islamik, tapi status-status yang berunsur dakwah yang menggugah jiwa. Bila baca, rasa semangat!. Seperti semangat lama yang tidur, bangkit semula!. Hebatnya kuasa penulisan. Tapi kena Lillahi Taala lah bila menulis tu… Mungkin dek kerana semakin banyak status-status Islamik ini membuatkan manusia biasa sudah tidak pelik dengan ‘ term-term ’ yang digunakan. Usrah, dakwah, tarbiyah da...