Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Di Bawah Teduhan MITSAQAN GHALIZA

Imej
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Genap sebulan sejak saat itu. Detik itu. Tidak tergambar perasaan aku pada saat itu. Bercampur baur perasaan. Ya, mungkin itulah perasaan kita semua tatkala saat yang kita nanti-nantikan setelah sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Syukur aku panjatkan pada Allah atas nikmat ini. Nikmat yang dinanti setiap jiwa seorang lelaki. Nikmat ingin memiliki seorang peneman hidup yang setia. Nikmat penyatuan dua jiwa, dua sifat dan dua jarak yang berbeza agar menjadi satu. Tidak aku nafikan, sudah lama aku ingin menikah. Jika seingat aku, semasa tahun 3 di universiti lagi aku telah pun memasang niat yang aku ingin menikah seusai pengajian. Melihat kawan-kawan kahwin muda, mula lah aku pun nak ikut juga jejak langkah mereka. Nak juga membina masjid di awal usia muda. Ini bukan menggatal!, tapi serius. Namun, aku hanya mampu merancang dan meletakkan secebis hasrat. Kerana aku tahu, akhirnya Allah tahu mana yang terbaik untuk aku dalam