Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

SeRuAn KepAdA PeMuDa IsLaM...

Imej
Wahai putera Islam.. Kalianlah pimpinan generasi baru Selamatkanlah umat ini Aturkan langkahmu terus maju Dengan keazaman yang jitu Kembalikanlah keagungan kita yang lalu Wahai putera Islam.. Ikutlah jejak langkah pahlawan terbilang Jangan gentar pada kematian Jangan takut dibelasah manusia-manusia kejam Isikan dunia ini dengan kesejahteraan Tegakkan keadilan yang sejati Agar manusia bisa hidup bersaudara Dinaungi kedamaian yang sebenar-benarnya..

HaRgA SeBuAh iMaN.......

Beberapa tahun dahulu,ada seorang imam berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari,selepas imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas,dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan imam tersebut mamikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?''.Imam tersebut bertanya kepada dirinya."Ah...syarikat bas ni dah kaya...setakat 20 sen ni...nak beli tosai pun tak cukup'',kata imam tersebut. Apabila tiba di hadapan masjid,imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.Ketika imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas,tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20.sen tersebut."Tadi kamu