~Sayonara Jahiliyyah~
Salamullahi alaikum, Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda. Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja. Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan. Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah.. masa untuk seorang da'ie yg belajar Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi