Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

:: Hidayah Merawat Jahiliyah ::

Imej
Hidupku Indahnya memori yang lalu..Jika diimbau kisah silam, pasti tergelak sendirian..Ada kisah yang mencuit hati..Ada kisah yang mengguris hati melahirkan sedih!..Ya!, kita pasti teringat akan kisah yang lama-lama..Terutama bila kita duduk bersendirian dan satu tempoh masa yang lama dengan kisah yang pernah berlaku itu..Terkadang ia menjadi muhasabah pula buat kita..Lalu Allah datangkan firmannya untuk kita tadabbur!..... “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.  (Surah al-Hasyr:18) Kita melalui fasa-fasa yang penuh onak duri dalam mencorakkan gaya hidup kita..Hampir saja onak duri itu menusuk bahagian dari tubuh badan ini me

:: Ukhuwwah Sebenarnya Manis! ::

Imej
Ikatan yang sukar dilerai “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 10) Diriwayatkan daripada Anas  Radhiallahu ‘anhu  daripada Nabi  Shallallahu 'alaihi wasallam,  Baginda bersabda yang maksudnya :  “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.”  (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Diriwayatkan daripada Anas  Radhiallahu ‘anhu  daripada Nabi  Shallallahu 'alaihi wasallam,  Baginda bersabda yang maksudnya :  “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.”  (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Itulah beberapa bukti dari Quran dan Sunnah pada menyatakan nilaian AL-UKHUWWAH itu..ukhuwwah itu adalah suatu indah pada bicara, juga ia tampak hebat pada

~ Muhasabah Mutarabbi kepada Murabbi ~

Imej
Buatmu yang terlibat dengan halaqah usrah... Berbahagialah atas jalan ini... Syukurlah kerana Taaruf, Tafahum dan Takaful... Berterima kasihlah pada Allah atas kurniaan ukhuwwah fillah ini... Syukurlah atas sebuah kecintaan ini yang disatukan atas asas iman dan aqidah yang satu Realiti sunnatullah... Tidak ramai sebenarnya mampu bertahan atas jalan ini... Ia bukanlah jalan yang dipenuhi dengan kekasaran atau keganasan... Tapi ia jalan yang penuh mehnah dan cabaran... Ia tersembunyi disebalik permusafiran kita bersama jalan usrah Pernahkah kamu terfikir, kenapa kamu yang dipilih?... Kenapa mereka yang hebat diluar sana tidak dipilih?... Bukankah mereka lebih banyak ilmu dan layak bergelar ustaz dan ustazah?... Bukankah kamu ini berseluar pendek, bertudung pendek, merokok, ber"couple" dan pelbagai jahiliah yang lain? Kenapakah kamu yang kian melakukan dosa ini juga yang terpilih?..Kenapa?! Jawapan kepada persoalan itu adalah kerana A

~ Usrah Itu Kering! ~

Imej
Madrasah Tarbiah Terasa kosongnya diri???...  Tidak terisi???...  Tak tahu nak isi dengan apa???...  Hmmmm.... Ya!, kembalilah kepada fitrah kejadian manusia yang cinta dan suka akan kebaikan!..Hakikatnya, memang diri manusia perlu diisi dengan sesuatu..Namun, ia bergantung kepada pertimbangan akal waras manusia mahu diisi dengan apa?..Diisi dengan kebaikan atau keburukan!..Allah jadikan kita atas muka bumi dengan pilihan!..Kita punya hak menentukan masa depan..Menjadi seorang yang bermanfaat atau menjadi sebaliknya yang jauh dari landasan..Jangan sampai kita ini tergolong dalam golongan yang berada dalam STUPID CIRCLE dan MANUSIA ROBOT !!!..... Indah bila berbicara soal kehidupan di alam kampus..Bermacam " asam garam " dan " rempah-ratus " dirasai..Menjadi perencah dalam menentukan Siapa Kita!..Ada yang bernasib baik pada pengakhiran tempoh pembelajaran!..Ada juga yang jauh dari mendapat nasib yang baik..Hanya kerana beberapa faktor yang menjejaska

28 April 2012: PWTC ---> BERSIH 3.0

Imej
Tuntutan BERSIH Alhamdulillah3x... Sekali lagi ingin aku menulis dan menconteng didinding blog ini. Terasa tidak ingin membiarkannya kekosongan dan dihiasi " spider web " dan berhabuk-habuk halus. Ya!, saat lapang yang Allah berikan inilah bakal aku manfaatkan untuk aku coretkan beberapa kisah hidupku. Samaada ia suka atau berkisar tentang duka..... Sekarang di minda masih terngiang-ngiang akan peristiwa yang berlaku pada tarikh 28 April 2012 yang bagi aku paling bersejarah buat arena politik negara. Itulah BERSIH 3.0 !!!. Ia menjadi seakan sangat sensitif apabila disebut dan dibualkan di khalayak ramai. Entah mengapa ia terlalu sensitif. Sudah tentu lah kerana ia membabitkan 2 pihak yang sejak dari dulu lagi berusaha untuk memegang tampuk kepimpinan dan ingin memerintah negara mengikut acuan sendiri..... Pada seminggu sebelum 28 April, aku dihubungi oleh keluarga yang tercinta. Mereka meminta pengesahan dariku samaada mahu ikut untuk pergi ke Pesta Buku

Apabila cinta berlanggar dengan sebuah kefahaman

Imej
CINTA Menjiwai aturan alam itu merupakan bukti tanda kita ini mengakui akan hebatnya kuasa Sang Pencipta..hebatnya Allah ini menciptakan segalanya dari sekecil perkara hinggalah sebesar perkara..bumi, bintang, planet, cakerawala, haiwan, manusia, tumbuhan, apa yang ada di daratan dan lautan..semua membuktikan kekuasaan Allah!... " Sesungguhnya dalam penciptaan  langit  dan  bumi , silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari  langit  berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan  bumi  sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di  bumi  itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara  langit  dan  bumi ; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.[2:164] Allah juga telah menetapkan fitrah pada batang tubuh manusia..Allah juga menetapkan takdir dan ketentuan pada setiap hambaNya sejak dalam perut ibu lagi..f