Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

~Muhasabah Tarbiyyah~

Imej
Salamullah ya ikhwani... Rasa itu hampir dan sudah tiba...waktu utk membina para pemuda dakwah sudah tiba...terasa bersalah andai tanggungjawab itu tidak di laksanakan kerana itulah tuntutan ke atas seorang da'ie... Jiwa muda itu sedang memasuki suatu fasa...fasa yg penuh ujian buat mereka...adakah fasa itu akan membuatkan mereka itu menjadi muslim hakiki atau menjadi muslim yg Islam hanya pada nama... Bersemangat melihat anak-anak muda melaju dalam dakwahnya...bersemangat melihat sahabat-sahabat yg ingin berubah semata-mata mencari redha Allah...bersemangat melihat sahabat seperjuangan aktif merencanakan perancangan tarbiyyah di lokaliti...namun, apa yang penting adalah hubungan dengan Allah... Allah adalah segala-galanya...kita mengimani bahawa Allah adalah Tuhan yg Maha Agung...tatkala membaca ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran...terasa seperti ayat itu di turunkan kepada diri sendiri...ayat perintah, memujuk, motivasi, ancaman dan sebagainya...itulah kuasa Allah!!!... Allah past

~Parti Kebebasan dan Keadilan~

Imej
Dua hari lepas (18 Mei 2011) adalah hari yang bersejarah bagi Ikhwan Muslimin (IM) Mesir kerana dengan rasminya ditubuhkan Hizbul Hurriyyah wal 'Adalah (Parti Kebebasan dan Keadilan) yang didaftarkan di Bahagian Pendaftaran Parti Politik Mesir. Keputusan menubuhkan parti ini dalah hasil daripada persidangan Majlis Syura IM yang diadakan selama dua hari baru-baru ini. Pada saya, ini adalah diantara kejayaan terbesar Revolusi Mesir 25 Januari yang lalu, kerana sebelum ini dibawah sistem diktator Mubarak, Ikhwan Muslimin dinafikan hak untuk menubuhkan parti. Mereka hanya masuk parlimen dengan cara bertanding sebagai calon bebas, itupun setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran yang hebat. Penubuhan Hizbu Hurriyyah wal 'Adalah sebenarnya adalah sebagai persedian IM bagi menghadapi pilihan raya umum Mesir tidak lama lagi, setahu saya ia dijangka bulan September nanti. Setakat ini IM melalui PKK mengesahkan bahawa ia akan bertanding sehingga 40 peratus kerusi parlimen

~Tarbiyyah Dzatiyyah~

Imej
Alhamdulillah, dengan izin Allah, perbincangan berkaitan Tarbiyyah Dzatiyah ini dapat juga disiapkan. Bagi saya perbincangan ini cukup penting.Tidak mungkin kita dapat membangunkan keperibadian mukmin yang sebenar dengan hanya sekadar bergantung kepada Tarbiyyah Rasmiyyah (Pendidikan Formal) melalui tamrin, halaqah, usroh dan sebagainya. Berapa, masa yang kita peruntukkan untuk tarbiyyah Rasmiyyah? 10 jam seminggu? Katakan 10 jam seminggu, ini bermakna 10 per 168 jam. tidak sampaipun 10% dari hidup kita. Bohongilah diri kita, katakan 10%: Adakah kita harapkan dengan 10% itu kita akan akan menjadi seperti sahabat-sahabat Rasul RA; hidup dan mati diatas kebenaran dan memiliki iman yang begitu hidup serta keperibadian yang begitu mulia? Adakah dengan 10% itu kita ingin membeli SYURGA Allah SWT. Jika tarbiyyah tidak sentiasa berjalan dalam diri kita, kita akan semakin jauh dari apa yang Allah kehendaki keatas kita. Kita akan semakin jauh dari redha dan pengampunanNya dan semaki

~Poster Usul 20: Hasan Al-Banna~

Imej

~Panduan Mengenal Kulit Babi~

Imej
"Moga kehidupan kita sentiasa dalam keadaan halal lagi baik"

Program bersama Syeikh Jum'ah Amin; Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin

Imej
Marilah beramai-ramai hadir ke program ini..Moga di sana terdapat apa yg perlu kita buat dalam rangka memperjuangkan manhaj IM... InsyaAllah.. (",),,,

(C&P) : ~Ikhwan, Jihad dan Politik~

Imej
Ikhwan dan Jihad Ikhwan memandang bahwa jihad adalah kemestian dalam da 'wah. Ikhwan meletakkan poin jihad pada rukun keempat dari arkan bai'at. Berkata Ustadz Hasan al-Banna rahimahullah: Jihad merupakan kewajiban yang terus berlaku hingga hari kiamat. lnilah yang dimaksud dalam sabda Rasulullah saw.: "Barang siapa yang meninggal dia belum berjihad, serta belum berniat untuk berjihad, maka ia mati secara j ahiliyah.” Jihad paling rendah adalah pengingkaran hati, dan yang paling tinggi berperang di jalan Allah. Di antara keduanya adalah jihad dengan lisan, pena, tangan, dan ucapan yang hak di hadapan penguasa durjana. Da'wah tidak dapat hidup kecuali dengan jihad fi sabilillah dan harga mahal yang harus dipersembahkan untuk mendukungnya. Niscaya pahala besar akan diberikan kepada para aktivis da'wah. "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang se'benar- benarnya...” (QS. al-Hajj:78) Sebab itu, syi’ar yang selalu dikumandangkan

~Cinta Tsauban kpd Rasulullah~

Imej
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi." Mendengar kata Ts