Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

:: Aman Ahamad. Kau Sahabat, Kau Mujahid ::

Imej
“ Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh….. (An-Nisa’:78) “             Inilah ayat Allah yang mampu melenturkan jiwa yang keras. Mana tidaknya, setiap dari kita pasti ada ‘mindset’ tak mahu mati awal. Kalau boleh kita nak lari dari kematian sedangkan kita kena sedar dengan akal yang waras bahawa kita ini hanya hamba Allah yang hina!. Ya, sangat hina!. Dari sari pati air yang hina!. Keluar dari tempat keluarnya najis. Allahhhhh, hinanya kita.             Melihat kematian dari sudut pandang seorang hamba benar-benar merendahkan ego. Siapa kita?. Hanya manusia ciptaan Tuhan. Kita jangan rasa hidup lama atas muka bumi ni padahal tanah tengah menantikan kehadiran kita. Persiapkan diri kita sahabat!. Jangan jemu dekat dengan Tuhan. Titik mulanya             Pejam celik, pejam celik. Aku sudah berada di Semester 2 di Kolej Matrikulasi Pahang. Kolej yang aku sayangi. Kolej di tengah hutan Gambang.