Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

:: Kenapa jahiliyah masih bersarang?...T_T ::

Imej
-Jangan jadi manusia yang jahil- “ Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan ber syukur lah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. [2:152] Nilainya seorang hamba bermula di pagi hari. Bagaimana dia berpagi-pagian. Berpaginya seorang muslim sejati dengan tunduk dan sujud dengan penuh nilai kehambaan di hadapan Rabbnya. Tiada nilai erti cinta tanpa menterjemahkannya dalam amal pengibadatan kita. Paling kurang, ringankanlah tanganmu untuk mengangkat buku kecil bernama Al-Mathurat ( atau kini dah ada versi Android ..;- ) Sebagai hambanya, nilai sebuah muhasabah itu amat tinggi. Kita sang hamba ini sering kali melakukan dosa tanpa sedar, mungkin juga ada yang sedar. Muhasabah itu adalah sebaik-baik renungan buat diri yang sering lalai dan alpa dari sebuah ketaatan yang mutlak padaNya. Adakah layak kita akan cintanya seandainya dosa dirasai biasa?. We need reflect ourselves. Tapaki bumi dengan iman               “…..Pada

:: Kenapa lupa kerja asas ini?! ::

Imej
-Menulis keranaNya- Mencuri masa untuk menulis!. Itu biasa bagi seorang penulis blog yang ingin menulis dalam keadaan banyak lagi kerja nak buat. Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan olehnya untuk menulis dengan berbekalkan segelas air masak dan kek red velvet (first time makan) yang harganya RM5.50… Kadangkala bila nak mula menulis, mesti ‘ blank ’. Tak tahu nak mula macam mana. Lepas istighfar dan tenangkan minda dan jiwa, barulah idea tu datang semula. Inilah manusia. Mudah sangat alpa sesaat… Sekarang buka saja MukaBuku, maka banyaklah status-status yang Islamik. Bukan sekadar Islamik, tapi status-status yang berunsur dakwah yang menggugah jiwa. Bila baca, rasa semangat!. Seperti semangat lama yang tidur, bangkit semula!. Hebatnya kuasa penulisan. Tapi kena Lillahi Taala lah bila menulis tu… Mungkin dek kerana semakin banyak status-status Islamik ini membuatkan manusia biasa sudah tidak pelik dengan ‘ term-term ’ yang digunakan. Usrah, dakwah, tarbiyah da

:: Ku Rungkai Sebuah Memori ::

Imej
Indah bukan memori silam?. Kalau direnung kembali, pasti ada bibit-bibit dan saat mencuit jiwa. Itulah nikmat yang masih Allah berikan pada aku. Nikmat fikiran yang masih bisa menerawang menjelajah memori dahulu kala. Indahnya saat itu!... Ada yang bertanya padaku, bagaimana aku boleh berkecimpung dengan dunia tarbiyah dan dakwah ini. Bermula dari bila?. Di mana?. Dengan siapa?. Sudah berapa lama. Ahhh!. Dan bermacam-macam lagi soalan yang ditanya. Soalan dari teman yang ingin tahu. Matlamatnya adalah ingin mendengar pengalamanku. Dan inilah tujuan aku menulis pada saat ini!. Ingin menukil kisah dan coretan pengalaman bertemu kemanisan dalam berjuang… Aku ingat lagi dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, aku bersekolah di sebuah sekolah agama yang satu-satunya terletak di bandar Kuantan dan berdekatan dengan pantai. Terkadang terdengar deruan ombak memukul dan tiupan angin meluncur laju lalu terhasil bunyi seperti siulan dicelahan tingkap. Yang paling tak dapa

:: Fahami Jalan Ini Dan Ahlinya ::

Imej
Li Ta'arafu Hebatnya Allah!... Mencipta manusia itu dengan pelbagai jenis, bangsa. Paling indah lagi menarik bila Allah ciptakan yang pelbagai itu dengan pelbagai peribadi. Itulah kuasa Allah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa pun. Allah ciptakan semua ini bukanlah sia-sia. Ada tujuannya. Ada hikmahnya. Li Ta'arafu!... " Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujurat: 13)  Hebatnya penekanan Allah dalam ayat ini. Allah jadikan lelaki, perempuan, bangsa, tujuannya untuk saling berkenalan antara satu sama yang lain. Lalu, Allah menekankan lagi, kemuliaan itu bukanlah terletak kepada anda jantina apa atau anda bangsa apa. Namun, kemuliaan itu

:: Elakkan jahiliyah dengan tarbiyah ::

Imej
[Inilah dunia] Habuan dunia dilihat indah bak permata..Lalu manusia mengejarnya tanpa menoleh ke belakang..Manusia banyak mengejar perkara yang hanya nampak di depan mata..Tapi hanya sedikit yang mengejar apa yang tidak nampak oleh mata. Di manakah nilaian hidup manusia ketika itu?..Sedangkan apa yang kita imani adalah masih ada kehidupan selepas kita mati..Adakah manusia lupa?..Atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana dalam hati mereka punya sangkaan bahawa kiamat lambat lagi... " Dijadikan  indah  pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak  dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di  dunia , dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)..[ Ali-Imran: 14] Manusia sering lupa akan hakikat kejadian. Diciptakan dari tempat yang hina. Manusia sering lupa!. Kini minda umat Islam sendiri dijajah. Matlamat umat Islam sendiri s

:: Cabarlah dirimu! ::

Imej
“ Salam akhi, ana nak join usrah lah..Ana nak join usrah yang enta join tu..Nampak macam seronok sangat!..” tanya Harun kepada Iman dengan penuh ke’excited’an “ Serius?!..Boleh je!..Ana lah orang yang paling gembira akhi!..Akhirnyaaaaa!!!..Okey2, nanti ana serahkan nama enta pada naqib enta yer..Tunggu tau!..Heheee “ balas Iman dengan penuh gembira dek kerana hampir setahun cuba men’dakwah fardiah’kan si Harun ni Masa berlalu selama beberapa bulan~~~~~~~~ “ Salam akh Iman, dah berbulan ana tunggu, kenapa takde orang pun call..Ke, ana tak layak nak join usrah ni?..Ke Allah tak bagi aku join ni?..Banyaknya dosa aku!..T_T “, Harun mula mengadu kepada Iman “ Asif akh!, yeke?..Tak kan kottt!!!..Jangan begitu..Mesti ada silap kat mana-mana ni..Nanti ana cek semula!”, balas Iman dengan penuh harapan… Periksa punya periksa, rupanya bukan naqib ini tidak mencuba tetapi Harun ini seorang yang agak mencabar..Sangat mencabar!..................................... “ Sesun

:: Jalan yang dicintai ::

Imej
Ramai manusia yang kini merasa dunia ini indah..Mula merasa dunia adalah segala-galanya..Perasaan ini biasa sangat terjadi lalu menyebabkan sekalian manusia mengejarnya dengan penuh kesungguhan!..Seperti tiada lagi alam selepas dunia!..Teruknya mereka yang punya perasaan sebegini!..  “Jangan sampai dunia itu menipu daya kamu.” (Luqman: 33) Bila manusia mula merasa cinta kepada dunia, maka berlakulah segala masalah dalam masyarakat!... CINTA ini tersangat bahaya jika diaplikasikan pada jalan yang tidak benar!..Kerana sifat cinta itu, ia menuntut daripada kita segala macam perkara..Dan akhirnya kita perlu serahkan perkara itu kerana perasaan cinta itu… Andai kita cinta akan ibu bapa, maka kita akan sudi berkorban untuk mereka..Andai kita cinta kepada sahabat kita, maka kita akan cuba dengar masalah mereka dan selesaikan bersama..Andai kita cinta kepada sang suami dan isteri, maka kita pasti akan cuba saling melengkapi antara satu sama lain walau terkadang tergigit

:: Allah..Rasul..Cinta ::

Imej
Cinta tidak mudah terlafaz..Cinta juga tidak mudah diterjemah..Dalam mencintai seseorang, tidak mudah!..Mana mungkin cinta itu bisa jatuh seandainya kita tidak mengenali seseorang itu..Ibarat dua jiwa berlainan jantina yang sedang berkasihan tanpa ikatan yang sah, mereka itu bercinta..Dan, cinta mereka itu sangat 'hebat' sehingga dikatakan mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena..Kadang-kadang kentut pun bisa jadi wangi!..Hebatnya penangan cinta mereka!... Allah?..Rasul?..Cinta?... Tiga kata yang perlu kita adunkannya didalam jiwa..Cintakan Allah?.Mana mungkin seandainya tiada ma'rifatullah!..Cintakan Rasulullah?.Mana mungkin seandainya tiada ma'rifatu Rasulillah..Cinta?..Ya!, itu satu kata yang sangat tinggi nilainya!..Oh ya!, boleh jadi cinta itu menjadi serendah dan sehina kata sekiranya tempatnya tidak benar!... Firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi melalui Rasulullah SAW: “Apabila seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat