Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

~ Cinta, Nafsu dan Keimanan ~

Imej
[ Cinta Allah & Rasulullah ] Lamunan cinta, penangannya hebat!!!... Dengan cinta kita boleh mengenal Allah... Alangkah hinanya jika sebaliknya berlaku... Memperoleh rasa cinta tidak semudah meminta objek yang zahir di depan mata... Rasa cinta itu perlu dipupuk... Sepertimana kita menyemai benih di tanah... Benih tidak akan bercambah, membesar dan terus membesar tanpa kita menjaganya... Juga dengan cinta akan membinasakan penghuni dunia yang berakal dan berfikiran waras... Ada yang mengurus cinta dengan NAFSU... Ada yang mengurus cinta dengan SYARIAT dan KEIMANAN... Cinta manusia itu terkadang hadir... Hadirnya tanpa diduga dan secara tiba menjengah di tengah perjalanan kehidupan sebagai hamba Allah... Menolak cinta manusia itu sungguh menenang dan mententeramkan jiwa... Kini tidak terikat lagi dengan modul cinta manusia yang bertemankan syaitan... Cinta itu ditepis kerana ada cinta yang lebih utama untuk dicapai...

Politik Mesir 3.0

Imej
Dr Mohamed Morsi Calon Presiden Mesir: Kenyataan Bersama IM Dan FJP Dalam fasa yang kritikal dalam sejarah kita, kumpulan dan gerakan pro-revolusi yang popular, yang telah bertekad untuk mencapai matlamat revolusi ini – terutama penyerahan kuasa kepada institusi perlembagaan yang terpilih dan penyempurnaan proses transformasi yang demokrasi, sedang melawan kuasa-kuasa rejim yang lalu yang berusaha untuk mengembalikan kuasa dengan cengkaman, korupsi dan kezaliman. Rakyat Mesir telah melancarkan suatu revolusi yang diberkati pada Januari 2011 untuk memperoleh kebebasan yang berdaulat dan bermaruah, untuk meletakkan kebenaran dan keadilan, untuk memperbaiki taraf kehidupan, dan menaikkan taraf negara mereka ke peringkat yang selayaknya di kalangan negara-negara lain, di peringkat serantau dan antarabangsa; dan mereka telah menyerahkan pentadbiran negara kepada Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dalam tempoh peralihan tidak melebihi dari enam bulan. Ini bermakna pera

~ Memuhasabah Ujian Itu ~

Imej
[Sabar itu kekuatan] Alhamdulillah..syukur ku panjatkan atas kurniaan ini..juga nikmat iman dan Islam yang dipaterikan olehNya setelah sekian lama...juga nikmat yang tidak akan aku lupakan adalah nikmatnya mengenali jalan yang penuh cabaran ini...itulah jalan DnT (Dakwah and Tarbiyah) ..jalan yang bakal membawa kita ke syurga Allah..... Cabaran demi cabaran menjelma..menjelma ibarat satu batu besar yang jatuh dari langit!..lalu menyekat laluanku..lebih menyesakkan dan membebankan apabila cabaran ini sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada komitmen aku kepada dakwah..itulah cabaran yang merunsingkan!..... "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya"  (Surah At-Taghabun:11) Ya!, tahun akhir ini cukup melelahkan!..memenatkan!..itulah asam garam sebagai seorang pelajar "tahun akhir"..kalau tak penat dan lelah, tidak pula bakal digelar pelajar..juga sebagai seoran

~ Ukhuwah 'catalyst' Dakwah ~

Imej
-Intro ukhuwah- Terasa ringan tanganku untuk menulis...Akhirnya segala persoalan di dalam post "unexpected ukhuwwah!" terjawab juga akhirnya...setelah sahabat itu membaca post aku, terus meng'reply' di laman Mukabuku...alhamdulillah, sudah tidak timbul lagi keraguan dan tanda tanya yang kadang kala boleh meragukan ukhuwwah..syukran sahabatku.(^_^)... Aku melihat ramai yang berbicara soal ukhuwah!..mula timbul persoalan,,, " best ke ukhuwwah ni?..rasa dia macam mana ek?..ada kepentingan untuk dakwah ke?..kalau ukhuwwah terlampau rapat, tak rasa pelik ke bila orang tengok??..hmmm...   Bermacam soalan kontroversi akan timbul..kadang kala rimas juga dengan orang yang banyak tanya ni..tapi, seorang da'ie kena memandang semua orang sebagai mad'unya..al-maklumlah, ukhuwwah itu kan manis..sesiapa yang melihatnya dari jauh, pasti akan "jeles", cemburu memendam rasa..=) Ukhuwwah yang luar biasa ini bissa dirasai bagi sessiapa yang berada dalam

~ Unexpected Ukhuwwah! ~

Imej
Indahnya ukhuwwah apabila ia itu bisa berbicara tanpa kata...ukhuwwah yang terikat ibarat sepintal tali yang sangat kukuh ikatannya...terkadang indahnya ukhuwwah bisa diungkapkan pada penulisan Sang Perasa Ukhuwwah...teringat bait di dalam lirik nasyid dendangan UNIC-Sahabat Sejati ... Ku biarkan pena menulis  Meluahkan hasrat di hati  Moga terubat segala  Keresahan di jiwa  Tak pernah ku ingini  Ya!,ukhuwwah itu bisa hadir dalam keadaan yang kita minta dan kita cipta...juga uniknya ukhuwwah ini kerana ia juga boleh hadir dalam keadaan yang tidak disangka-sangka..hebatnya nilai ukhuwwah!... Teringat beberapa kisah ukhuwwah yang saya alami...tidak perlulah dikenali siapakah gerangan sahabat saya itu, cukuplah sekadar secebis bingkisan cerita ini menjadi sebuah kayu ukur erti ukhuwwah...benarlah firman Allah...firman yang berbentuk 'direct' dan mudah difahami...namun, ia kadang kala sukar untuk dilaksanakan... "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.

Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia memperingati tragedi Deir Yassin - 9 April 1948

Imej
Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia memperingati tragedi Deir Yassin - 9 April 1948 Tarikh 9 April akan sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama. Pada dinihari sekitar 4.30 pagi Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Terselamat kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya , beliau melihat sendiri bagaimana adek perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut. Itulah d

~ Ini Politik Mesir 2.0 ~

Imej
Pencalonan Presiden Dari Ikhwan, Apakah Muslihatnya? Maszlee Malik Saya baru pulang dari Mesir selesai melakukan kajian tentang parti politik Ikhwan, ‘ Hizb al-Hurriyah wa al-Adalah ’ (FJP), parti Salafi dan juga pilihanraya presiden yang bakal menjelang. Selain mengadakan wawancara dengan para pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM), Salafi, para pegawai kempen calon-calon presiden, anggota bawahan IM dan juga orang ramai, saya juga berkesempatan melihat lebih dekat suasana politik Mesir bersama dengan rakan-rakan jurnalis di sana. Apa yang menarik, perkembangan politik Mesir pasca-Revolusi 25 Januari bukanlah seperti yang ditanggapi oleh kebanyakan pemerhati luar yang tidak berada di Mesir. Suasana politik di sana amat unik dan begitu dinamik. Demi untuk memhami dinamisme tersebut, pendapat segenap lapisan warga Mesir perlu ditelusuri agar kesimpulan yang dibuat tidak akan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Apa yang lebih menarik perkembangan dan perubahan berlak