:: Amanah Yang Tidak Tertunai ::
Nikmat Allah..Syukurilah! Allahu Rabbi... Sungguh berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan semacam nikmat yang saaaaaaangat banyak..Hingga terkadang sukar untuk digambarkan apatah lagi untuk menungkap pada sebuah kata-kata seorang hamba..Itulah NIKMAT!. Hendak berbicara soal nikmat Allah, entah berapa lama akan berakhir..... Allah menulis dalam surat cintanya..Dalam Surah Ibrahim ayat 34 :- Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni'mat Allah). Teringat juga Rasulullah pernah bersabda :- “ Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur , meninggalkannya bererti ingkar. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak ; dan sesiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah .