Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

~ USRAH DISEBALIK KEPILUAN ITU ~

Imej
Alhamdulillah…masih diberi keizinan oleh Allah untuk terus merasai nikmatnya hidup dibawah lindungan Allah..juga merasai kemanisan nikmat Iman dan Islam.. Terasa serba salah dibuatnya kerana sudah agak lama tidak aku menemukan jari-jemari aku ini dengan ‘keyboard’ ini buat jangka masa yang lama… Aku akui bahawa berada dalam jalan tarbiyah ini memang manis..suatu yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata mahupun ungkapan-ungkapan indah untuk menzahirkan kemanisan tarbiyah..melainkan hanya yang berada di dalam takungan tarbiyah sahaja yang bisa untuk merasainya..lagi-lagi bila sekali setiap minggu akan diadakan usrah di rumah murabbiku… Pada hari Ahad kebiasaannya aku akan ber’bulatan gembira’ di rumah murabbi..Hari itu juga aku ada kelas pada sebelah malam dari jam 8 – 9, menyebabkan aku hadir ke usrah agak kelewatan sedikit..Pada 4/ 3/ 2012 iaitu hari Ahad, hari yang agak sibuk masa tu kerana penuh dengan tugasan dunia menyebabkan aku pulang lewat dari rumah sewa