Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

:: Kenapa jahiliyah masih bersarang?...T_T ::

Imej
-Jangan jadi manusia yang jahil- “ Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan ber syukur lah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. [2:152] Nilainya seorang hamba bermula di pagi hari. Bagaimana dia berpagi-pagian. Berpaginya seorang muslim sejati dengan tunduk dan sujud dengan penuh nilai kehambaan di hadapan Rabbnya. Tiada nilai erti cinta tanpa menterjemahkannya dalam amal pengibadatan kita. Paling kurang, ringankanlah tanganmu untuk mengangkat buku kecil bernama Al-Mathurat ( atau kini dah ada versi Android ..;- ) Sebagai hambanya, nilai sebuah muhasabah itu amat tinggi. Kita sang hamba ini sering kali melakukan dosa tanpa sedar, mungkin juga ada yang sedar. Muhasabah itu adalah sebaik-baik renungan buat diri yang sering lalai dan alpa dari sebuah ketaatan yang mutlak padaNya. Adakah layak kita akan cintanya seandainya dosa dirasai biasa?. We need reflect ourselves. Tapaki bumi dengan iman               “…..Pada

:: Kenapa lupa kerja asas ini?! ::

Imej
-Menulis keranaNya- Mencuri masa untuk menulis!. Itu biasa bagi seorang penulis blog yang ingin menulis dalam keadaan banyak lagi kerja nak buat. Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan olehnya untuk menulis dengan berbekalkan segelas air masak dan kek red velvet (first time makan) yang harganya RM5.50… Kadangkala bila nak mula menulis, mesti ‘ blank ’. Tak tahu nak mula macam mana. Lepas istighfar dan tenangkan minda dan jiwa, barulah idea tu datang semula. Inilah manusia. Mudah sangat alpa sesaat… Sekarang buka saja MukaBuku, maka banyaklah status-status yang Islamik. Bukan sekadar Islamik, tapi status-status yang berunsur dakwah yang menggugah jiwa. Bila baca, rasa semangat!. Seperti semangat lama yang tidur, bangkit semula!. Hebatnya kuasa penulisan. Tapi kena Lillahi Taala lah bila menulis tu… Mungkin dek kerana semakin banyak status-status Islamik ini membuatkan manusia biasa sudah tidak pelik dengan ‘ term-term ’ yang digunakan. Usrah, dakwah, tarbiyah da

:: Ku Rungkai Sebuah Memori ::

Imej
Indah bukan memori silam?. Kalau direnung kembali, pasti ada bibit-bibit dan saat mencuit jiwa. Itulah nikmat yang masih Allah berikan pada aku. Nikmat fikiran yang masih bisa menerawang menjelajah memori dahulu kala. Indahnya saat itu!... Ada yang bertanya padaku, bagaimana aku boleh berkecimpung dengan dunia tarbiyah dan dakwah ini. Bermula dari bila?. Di mana?. Dengan siapa?. Sudah berapa lama. Ahhh!. Dan bermacam-macam lagi soalan yang ditanya. Soalan dari teman yang ingin tahu. Matlamatnya adalah ingin mendengar pengalamanku. Dan inilah tujuan aku menulis pada saat ini!. Ingin menukil kisah dan coretan pengalaman bertemu kemanisan dalam berjuang… Aku ingat lagi dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, aku bersekolah di sebuah sekolah agama yang satu-satunya terletak di bandar Kuantan dan berdekatan dengan pantai. Terkadang terdengar deruan ombak memukul dan tiupan angin meluncur laju lalu terhasil bunyi seperti siulan dicelahan tingkap. Yang paling tak dapa