Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

~Sayonara Jahiliyyah~

Imej
Salamullahi alaikum, Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda. Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja. Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan. Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah.. masa untuk seorang da'ie yg belajar Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi

~Coretan dariku: DnT membina roh Islami~

Imej
Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh, Dipanjatkan sepenuh kesyukuran kpd Allah, kesyukuran yg tidak terhingga!!!..tidak lupa juga selawat dan salam kepada qudwatuna Rasulullah S.A.W..Kerinduan kami kepada Rasulullah tidak terhingga..ingin saja hasrat di hati untuk bertemu denganmu duhai kekasih Allah... Kadang2 saya terfikir, kenapa Allah memilih kita untuk berada bersama dengan kafilah dakwah ini?..jika nak di bandingkan dengan sejarah hidup saya yg dahulu kala, astaghfirullahhh...sukar utk di ceritakan..namun, itulah hakikat realiti seorang manusia yg sentiasa berkehendakkan kebaikan ke atas dirinya. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Surah Ar-Ra'd (ayat 11) Kita sangat-sangat perlu kepada identiti kita yg sebenar..identiti kita yg sebenar adalah identiti yg Allah telah tetapkan ke atas seluruh umat manusia sejak azali lagi iaitu membawa identiti KHALIFAH dan identiti HAM

(Khas untuk Ahli Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Sempena PATWA 2010)

Ukhti Hari ini aku berdiri Menggenggam bara api Di hadapanmu ya ukhti Disaksikan Ilahi Rabbi Ukhti Engkau dan aku sama berdiri Menjunjung titah Ilahi Memimpin umat ke jalan selamat Jalan Islam yang penuh rahmat Beribadat kepada Allah jadi matlamat Mentaati perintah-Nya, menjauhi maksiat Ukhti Engkau dan aku sama berdiri Menjulang kitab suci Ayat-ayatnya difahami dan di hayati Menegakkan Syari’ah di dalam diri Kelak kan berdaulat di persada bumi Ukhti Engkau dan aku sama berdiri Mendakap Sunnah Nabi Mengangkat wanita setaraf lelaki Nyawa, harta dan maruah dilindungi Keluarga diperkasa, masyarakat disantuni Ukhti Hari ini kita sama berdiri Mengikat satu janji Memantapkan saf Memimpin ummah Mendaulatkan Syari’ah Allahu Akbar!!! Sumber: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

~Seorang syeikh dalam usaha menegakkan kebenaran~

Seorang lelaki menceritakan kepadaku… Di daerah saya terdapat sebuah masjid kecil. Imamnya seorang yang telah tua. Dia menghabiskan usianya dengan solat dan mengajar. Dia begitu mengambil berat terhadap makmum yang bersolat di masjid itu. Baginya semua makmum itu adalah anak-anaknya. Dari sehari ke sehari dia mendapati bilangan yang datang berjamaah semakin berkurangan. Pada suatu hari usai solat berjamaah, dia menoleh ke arah ahli jamaah dan bertanya: - Apa yang telah terjadi ke atas kebanyakan penduduk daerah ini, khususnya orang-orang muda? Mengapa mereka tidak mendekati masjid dan tidak mengenaliku sebagai imam di sini? Para jamaah menjawab: - Orang-orang muda berada di pusat hiburan dan pusat tari menari (al-malahi wa al-maraqis) Imam bertanya dengan penuh kehairanan: - Al-maraqis? Apa itu al-maraqis? Salah seorang ahli jamaah menjawab: - Al-maraqis tu, ialah satu dewan besar, terdapat lantai kayu yang tinggi (pentas). Remaja-remaja perempuan akan naik ke

~NASIHAT IMAM SYAFIE: PANDUAN BERSAHABAT~

Imej
1.Sahabat Yang Baik Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri. 2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya�. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan. 3.Pasang-Surut Per

~Apa yang diperjuangkan~

Alhamdulillah, diwaktu ini ramai kita melihat orang-orang perseorangan, jemaah, parti dan kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan Islam dalam berbagai bentuk. Ada yang memperjuangkan Islam di bidang politik. Mereka mahu parti mereka memegang tampuk pimpinan negara. Mereka mahu hukum hudud dilaksanakan. Ada yang memperjuangkan Islam di bidang ekonomi. Mereka mahu tegakkan sistem perbankan Islam, sistem takaful Islam, sistem pinjaman wang dan pembelian secara Islam dan sebagainya. Ada yang memperjuangkan Islam di bidang ibadah. Mereka mahukan semua orang datang ke masjid dan surau untuk beribadah dan untuk menegakkan sunnah terutama di bidang ibadah. Mereka mahu orang berusaha untuk mengejar pahala dan fadilat. Ada yang memperjuangkan Islam di bidang ilmu. Buka sekolah, madrasah, kolej dan universiti Islam supaya ilmu Islam dapat dikembangkan dan berbagai-bagai lagi. p/s: Justeru, cuba ambil waktu seketika.. Jinakkan nafsu yg liar dalam diri.. Bertenang seketika.. Tanya pad

~Aktivis Dakwah dan Ibadah~

Imej
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. [5: 56] Alhamdulillah, sehingga hari ini Allah masih sayangkan hambanya, masih memberi peluang kpd hambanya utk menikmati segala nikmat Allah yg tidak ternilai dan yg paling utama masih di berikan kekuatan pada kite utk terus melaksanakan tgjwb dakwah dan tarbiyyah ni.. Para aktivis dakwah itu pasti tidak terlepas dari ciri rabbaniyah dalam perjalanan dakwahnya. Aktivis dakwah yg sebenarnya adalah org yang paling banyak ibadahnya kepada Allah. Jika ibadah ini di pandang rendah oleh seorang aktivis itu pasti akan menghancurkan peribadi aktivis itu sndiri kerana telah hilangnya teladan dalam dakwahnya. Bagaimana ia akan menyeru manusia sedangkan dia lupa trhadap dirinya dan tidak dapat memenuhi kewajipan sbg seorang da'ie. Sedangkan, ibadah itu akan meningkatkan keimanan dalam ha

~Manusia Berbicara Tentang Kita~

Imej
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian, Amal-amal kita tidak hanya dicatat oleh para malaikat kerana cerita-cerita dan kesan-kesan yang kita tinggalkan di dunia setelah kita mati adalah seperti cermin nilai dari perilaku kita selama kita hidup di dunia. Alangkah indahnya, sebuah kematian yang mampu meninggalkan cerita-cerita baik pada keluarga kita. Alangkah bahagianya, sebuah kematian yang meninggalkan jejak hidup yang menjadi pelajaran kebaikan bagi mereka yang masih menjalani kehidupan. Alangkah gembiranya, bila kematian kita memberikan kesan dari amal-amal soleh yang bermanfaat untuk orang lain. Di akhirat kelak, tidak ada sesuatu yang paling disesali oleh penghuni syurga kecuali penyesalan mereka terhadap waktu yang hilang di dunia tanpa diisi dengan amal soleh. Oleh kerana itu, ketika ada seorang yang soleh ditanya : "Kenapa engkau meletihkan jiwamu dalam beribadah?" Ia menjawab : "Aku ingin mengistirehatkan jiwaku."

~KEWAJIBAN KITA BERAMAL, NATIJAH DARI ALLAH~

Imej
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda, serta siapa yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari Akhirat. Tidak syak lagi bahawa dakwah kepada Allah dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan kita dengan dakwah kepadaNya. Allah mentaklifkan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang mampu ditanggungnya. Jika begitu, dakwah kepada Allah adalah wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang pelbagai. Firman Allah bermaksud: “Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berdailoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125). Kewajiban dakwah ini wajib dilaksanakan mengikut keupayaan setiap individu samaada lelaki ataupun perempuan, di mana setiap individu wajib melakukan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu mempu

~Membentuk Budaya Politik Kampus yang Murni~

Imej
Belajar sambil mencabar Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973) Setiap tahun akan berlaku pilihanraya kampus di seluruh negara terutama sekali yang membabitkan institusi pengajian tinggi dan kolej universiti. Reaksi bercampur-campur pelajar mengenai pilihanraya kampus juga memberi kesan yang pelbagai kepada institusi