Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

:: Dunia; permainan yang melalaikan ::

Imej
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid:20). Inilah dunia. Yang kita bangga-banggakan. Rupanya ia permainan lagi melalaikan. Mata manusia banyak tertumpu padanya. Entah apa yang ada pada dunia yang sementara ini. Dunia tidak ada salahnya kita mencari, tetapi jangan sampai ia melalaikan. Jangan sampai ia meragut matlamat asal kita hidup di dunia. 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Itulah waktu “keramat” bagi manusia yang begitu cinta akan dunia. Waktu manusia berpusu-pusu ber

:: Aman Ahamad. Kau Sahabat, Kau Mujahid ::

Imej
“ Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh….. (An-Nisa’:78) “             Inilah ayat Allah yang mampu melenturkan jiwa yang keras. Mana tidaknya, setiap dari kita pasti ada ‘mindset’ tak mahu mati awal. Kalau boleh kita nak lari dari kematian sedangkan kita kena sedar dengan akal yang waras bahawa kita ini hanya hamba Allah yang hina!. Ya, sangat hina!. Dari sari pati air yang hina!. Keluar dari tempat keluarnya najis. Allahhhhh, hinanya kita.             Melihat kematian dari sudut pandang seorang hamba benar-benar merendahkan ego. Siapa kita?. Hanya manusia ciptaan Tuhan. Kita jangan rasa hidup lama atas muka bumi ni padahal tanah tengah menantikan kehadiran kita. Persiapkan diri kita sahabat!. Jangan jemu dekat dengan Tuhan. Titik mulanya             Pejam celik, pejam celik. Aku sudah berada di Semester 2 di Kolej Matrikulasi Pahang. Kolej yang aku sayangi. Kolej di tengah hutan Gambang.

:: Antara Dunia dan Pilihan ::

Imej
                     Subhanallah!. Dah hampir setahun lebih rupanya aku tak merajinkan diri untuk singgah dan menekan papan kekunci dalam blog ni. Ya, tarikh terkahir adalah 17 Februari 2014. Boleh jadi tarikh keramat aku ni. Eh.             Kalau diikutkan hati yang sejahtera, memang ingin saja aku menulis setiap hari. ODOP. One Day, One Post. Errrr. Tapi apakan daya, terlalu banyak amanah yang harus diselesaikan. Ini pun mencuri masa. Sebab, kebiasaan seorang penulis, bukanlah setiap waktu itu sesuai. Tapi, nak menulis kena ada masa tertentu yang sesuai. Waktu di saat idea tengah mencurah ke ladang gandum.             Sedar tak sedar dah hampir tahun kedua semester terakhir aku sambung master nih. Kalau ikutkan target, mahu habis on time. Tapi, inshaa Allah, cuba sedaya upaya supaya boleh habis on time. Tapi, aku tidak mahu jadi seorang yang menzalimi diri sendiri disebabkan nak kejar benda-benda dunia. Sebab nak capai target dunia, solat terabai, waktu tidur berterab