Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Fenomena Cinta Anta Anti

oleh ustaz maszlee malik “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (Surah al-Hujuraat, ayat 10), “Tidak beriman seorang muslim itu sehinggadia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan ia juga menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain kedua-dua ayat dan hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan “ukhuwah” yang bermakna “persaudaraan” sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhals yang bertunjangkan iman dan takwa ini. Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadi contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkita

Sinopsis Tautan Hati

Imej
Tautan Hati Asiah Yusra , namanya seindah peribadinya. Dirinya begitu istimewa terutama di kalangan rakan-rakannya yang begitu memerlukan madu dakwah untuk disajikan sebagai manisan kehidupan mereka. Pelbagai langkah dakwah yang diatur pada awalnya sentiasa dilanggar badai yang sengaja dihembus iblis sebagai penghalang usaha murninya. Namun, halangan-halangan tersebut dipandang Asiah Yusra hanyalah cabaran kecil yang telah ditentukan Allah s.w.t. sebagai bukti betapa Allah s.w.t. mengurniakan cabaran tersebut hanya kepada hamba-Nya yang dikasihi. Berputus asa seakan-akan tidak wujud dalam kamus hidupnya. Begitulah tingginya tahap keimanan serta kecekalan gadis dari Taman Islam ini. Lagaknya seakan-akan pahlawan silam terunggul Solahuddin Al-Ayyubi. Imtisal, Hana, Laiyyinul Harir, Muslimah (Christine), Wildan dan Aisya Bazella ditaklukinya dengan senjata halaqoh beserta keikhlsan yang menggunung dengan harapan sahabat-sahabatnya itu dapat bergerak seiring dengannya ke jalan yang diredha

Tidak Mudah Memperjuangkan Islam

Imej
Engkau kata hendak mencari keredhaan Tuhan, Engkau mengaku hendak menegakkan syariatNya, Tapi bila diuji tidak sabar dan tidak tahan, Ketentuan Tuhan tidak pula redha menerimaNya… Engkau berkata hendak memperjuangkan hak Tuhan, Tapi setiap kerja yang engkau buat minta pujian, Memang pujian itulah yang engkau cita-citakan, Pujian itulah sebenarnya perjuangan engkau… Engkau bercerita hendak membuat kerja-kerja Tuhan, Tapi dapat nikmat tidak diagih-agih, Di mana syukurnya engkau kepada Tuhan, Dapat nikmat lupa kawan… Engkau mengaku hendak memperjuangkan Islam, Tapi bercakap mengata dan mengumpat orang, Sepatutnya engkau perjuangkan kasih sayang, Kenyataannya engkau memecahkan perpaduan, Sahabat! Bercakap mudah, mengotakan susah, Menyebutkan senang, mengamalkan dalam kehidupan payah, Sedarlah, insaflah teman, Memperjuangkan Islam tidak semudah yang dicakapkan…
Imej
Demonstrasi Aman & Dalil-Dalil Keharusannya Pertamanya, aktiviti menzahirkan aspirasi di dalam Islam (ta'bir ar-ra'yi), baik secara perseorangan ataupun berkumpulan, adalah perkara yang dibolehkan (mubah). Hukumnya sama seperti kita mengungkapkan pandangan tentang suatu perkara. Berbeza dengan ‘demonstrasi liar’ (Muzarahah) yang jelas diharamkan oleh Islam seperti melakukan demonstrasi dengan disertai beberapa aktiviti yang menyalahi tata susila agama seperti merosak atau membakar harta benda awam, mengganggu ketenteraman dan sejenisnya sehingga mengakibatkan rusuhan, penganiayaan dan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh Islam. Di dalam Islam, ‘demonstrasi aman’ (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan. Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan dengan tertib dan aman serta mematuhi hukum-hukum syara’ termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disa