Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

:: Hanya Kerana Cinta Kamu.....?!!! ::

Imej
Hammasah!. Semangat! Di keheningan malam yang indah. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa menghembus kulit. Saat itu terasa hebatnya Allah menciptakan angin. Walau rupanya tidak kelihatan, tetapi kewujudannya dirasai. Ada tanda di sebalik kewujudan itu. Itulah hebatnya Allah menciptakan segala ciptaannya dengan fungsi yang tersendiri. Kehebatan Allah itu jelas bilamana wujudnya manusia. Yang juga punya fungsi yang tersendiri. Menjadi ‘abid dan khalifah. Itu fungsi utama. Ditambah lagi kehebatan Allah itu dengan wujudnya manusia yang terdiri dari dua jantina. Lelaki dan wanita. Kaum Adam dan kaum Hawa. Keduanya mempunyai tafsiran dan nilaian jiwa yang berbeza. Membuktikan kuasa Yang Esa. Saat bersemangatnya dalam dakwah             Akhi Fahrin: “ Salam akhi, program adik-adik minggu ini nak buat kat area mana?. Boleh akhi ‘confirm’kan?. Ana nak inform semua adik halaqoh ana ni…=) “             Akhi Amat: “ Wasalam akhi, inshaa Allah akhi. kita akan buat di area-area

:: Usrah!. Allah pasti tunjuki jalanNya ::

Imej
Allahu Allah. Alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi jua kesempatan untuk saya meneruskan penulisan. Setelah melihat blog sahabat, owh, rupanya saya sudah hampir 3 bulan tidak menerjah ke alam blogging ini. Mungkin dek kerana kesibukan sebagai seorang pelajar pascasiswazah di sebuah universiti ternama di Malaysia ini... Ada sahabat ikhwah bertanya, “ Akhi, lama tak update blog!..Busy ke?! “. Itu soalan biasa!. Kerana nak mengemaskini blog bukanlah suatu yang mudah seperti mengemaskini status di Facebook. Ia perlukan satu ruang masa yang sesuai. Sesuai agar penulisan itu ditulis mengikut rasional diri bukan sekadar beremosi…             “ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar        akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah   benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.( 29:69) Entah mengapa, saya suka berkongsi ayat ini bersama ikhwah-ikhwah tatkala diminta untuk membuat sedikit perkongsian