Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

~Nukilan Cinta untuk mujahidahku~

Imej
Kelmarin aku bertekad Bahawa perjuangan ini akan sia-sia Jika kau tidak pernah disampingku Pada usia aku yang memerlukan Kelahiran yang akan mewarisi perjuangan ini Hari ini , masih tidak kita bersama Sementelah masa yang belum munculnya takdir Sedangkan aku berusaha sesungguhnya Sebagaimana ikrarku dihadapan walimu kelmarin Sebelum hadirnya hari penyatuan Sepasang daie yang menginfakkan diri untuk berjihad Ke jalan Tuhan Rabbul Izzati Menuju ke perbatasan perjuangan yang hakiki Ingin aku nukilkan ingatan Agar terpahat kukuh dihati sanubarimu Mujahidahku Bilamana engkau memerlukan aku Tatkala sakit demammu Janganlah kau mengharapkan aku membelaimu Seperti anak kecil Kerana masa juangku tidak menentu Bilamana anak-anakmu kelaparan Tatkala engkau tiada sesuatu Yang dapat aku berikan Janganlah kau terlalu mengharapkan Kerana hartaku telah aku infakkan Kepada perjuangan yang lebih memerlukan Bilamana engkau inginkan perhiasan Sebagaimana fitrahmu sebagai seorang wanita Janganlah kau

~Taadud jamaah: Kesatuan dan Pemantapan~

Imej
Assalamualaikum wa ikhwati fillah, Lama tidak menukilkan tulisanku di sini. Terlalu sibuk. Sungguh hati ini merasakan sungguh kecintaan Allah, merasakan sungguh tarbiyah Allah ke atas hambaNya. Terkadang terasa lelah di tengah perjalanan dek kerana terlalu sibuk dengan perkara duniawi. Terkadang terleka untuk mengalirkan roh jihad dalam hati mutarabbi. Namun, itulah kuasa muhasabah yang Allah tanam dalam jiwa seorang muslim apatah lagi para2 aktivis dakwah ini… Ramai antara kita terleka dengan tanggungjawab sebagai seorang da’ie ilallah apabila di uji dengan pelbagai ujian. Assignment, kuliah, presentation, lab report n sebagainya. Sungguh manusia di kaburi dengan semua itu sedangkan semua itu adalah ALAT semata2 dan bukan MATLAMAT yang hendak di tuju. Namun, Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi aku kekuatan utk bersama dalam saf ini… Sedang bersendirian, terkenang perjuangan Rasulullah dalam menegakkan kalimah Al-Haq. Terfikir, adakah aku mampu utk terus berada di jalan ini