:: Antara Dunia dan Pilihan ::
Subhanallah!.
Dah hampir setahun lebih rupanya aku tak merajinkan diri untuk singgah dan
menekan papan kekunci dalam blog ni. Ya, tarikh terkahir adalah 17 Februari
2014. Boleh jadi tarikh keramat aku ni. Eh.
Kalau diikutkan hati yang sejahtera,
memang ingin saja aku menulis setiap hari. ODOP. One Day, One Post. Errrr. Tapi
apakan daya, terlalu banyak amanah yang harus diselesaikan. Ini pun mencuri
masa. Sebab, kebiasaan seorang penulis, bukanlah setiap waktu itu sesuai. Tapi,
nak menulis kena ada masa tertentu yang sesuai. Waktu di saat idea tengah
mencurah ke ladang gandum.
Sedar tak sedar dah hampir tahun
kedua semester terakhir aku sambung master nih. Kalau ikutkan target, mahu
habis on time. Tapi, inshaa Allah, cuba sedaya upaya supaya boleh habis on
time. Tapi, aku tidak mahu jadi seorang yang menzalimi diri sendiri disebabkan
nak kejar benda-benda dunia. Sebab nak capai target dunia, solat terabai, waktu
tidur berterabur, makan tak teratur dan akhirnya menzalimi diri-sendiri.
Mulalah datang macam-maca penyakit, LBP, demam, selesema , batuk. Apa yang aku
takuti ialah menzalimi hak kepada tarbiyah. Fuhhhh, risau!. Bisnes aku dengan
Allah tu!.
Teringat kat satu ayat Allah ni
setelah menjumpainya dalam surat cinta Allah kepada aku:-
“ Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan
Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan
bahagianmu dari (keni'matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat
kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berbuat kerusakan. (Qasas, 28:77) ”
Bila terbaca ayat ni, aku mula
membetulkan orientasi diri. Aku kejar dunia ni kerana apa?. Murabbi aku
sentiasa berpesan, walaupun kita sangat sibuk dengan dunia (master), jangan
sampai kita lupa akan amal dakwah kita. Jangan sampai hak mutarabbi terabai. Ok
akhi!, aku akan ingat itu!.
Bukan senang membuat keputusan. Di
tengah kesibukan dunia postgraduate, kemudian diminta membuat keputusan yang
besar dalam hidup oleh murabbi. Fuhhh, peluh besar. Aku mula perbanyakan istighfar,
solat hajat, tilawah Quran. Memohon ketenangan dariNYA. Bila aku fikir kembali,
ya!, aku kini sudah berumur 25 tahun(2015-1990=25). Eheh. Biasalah, pada
umur-umur sebegini, banyak keputusan-keputusan besar harus kita buat dalam
hidup. Tapi, aku yakin dengan rencana Allah. Bilamana kita serah semua kepada
Allah, Allah permudahkan dengan izinNYA. Keputusan itu bukan lah memerlukan aku
bicara panjang, tapi yang diperlukan dari aku adalah PROCEED atau TIDAK. Itu
saja!. Berpeluhhh!.
Cantiknya Islam adalah memberi
solusi kepada penganutnya dalam membuat keputusan besar. Itulah namanya ISTIKHARAH.
Mohon Allah tunjuk jalan dan beri kekuatan. Siapa lagi kita nak bergantung
selain Allah?. Allahusshomad
“ Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya
segala sesuatu (Al-Ikhlas, 112:2) “
Ayat
yang pendek tapi ia menentukan tahap keimanan kita. Kepada siapa kita
bergantung dalam hidup?.
Apa yang aku harapkan ialah petunjuk
darinya dalam berbuat apa jua keputusan. Dan semestinya, keputusan aku itu tidak
berlandaskan neraca AL-HAWA, tapi berlandaskan neraca IMAN. Aku mahukan
keputusan yang bermanfaat untuk dakwah dan tarbiyah ini. Moga keputusan yang
aku buat itu akhirnya menjadi penyumbang kepada kemenangan Islam menuju
Ustaziyatul Alam. Allahu Ghoyatuna!.
-MuslimDaie90_SA-
Ulasan