Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Politics

Politik Mesir 3.0

Imej
Dr Mohamed Morsi Calon Presiden Mesir: Kenyataan Bersama IM Dan FJP Dalam fasa yang kritikal dalam sejarah kita, kumpulan dan gerakan pro-revolusi yang popular, yang telah bertekad untuk mencapai matlamat revolusi ini – terutama penyerahan kuasa kepada institusi perlembagaan yang terpilih dan penyempurnaan proses transformasi yang demokrasi, sedang melawan kuasa-kuasa rejim yang lalu yang berusaha untuk mengembalikan kuasa dengan cengkaman, korupsi dan kezaliman. Rakyat Mesir telah melancarkan suatu revolusi yang diberkati pada Januari 2011 untuk memperoleh kebebasan yang berdaulat dan bermaruah, untuk meletakkan kebenaran dan keadilan, untuk memperbaiki taraf kehidupan, dan menaikkan taraf negara mereka ke peringkat yang selayaknya di kalangan negara-negara lain, di peringkat serantau dan antarabangsa; dan mereka telah menyerahkan pentadbiran negara kepada Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dalam tempoh peralihan tidak melebihi dari enam bulan. Ini bermakna pera...

~ Ini Politik Mesir 1.0 ~

Imej
Pilihanraya Presiden Mesir: Siapakah Juaranya? Sewaktu saya menjalankan kajian di Mesir pada pertengahan bulan sehingga hujung bulan Mac yang lalu, masyarakat Mesir terlalu sibuk dengan banyak perkara. Antara perkara yang utamanya ialah kekurangan bekalan bakar di pasaran. Selain daripada itu, kehadiran pelancong asing yang telah jauh berkurangan telah menjejaskan mata pencarian sebilangan besar penduduk Mesir, yang mana industri pelancongan merupakan di antara industri utama di negara Firaun tersebut. Keadaan ekonomi yang tidak stabil selepas revolusi juga telah menyebabkan rakyat bawahan ramai yang mula sangsi mengenai keberkesanan revolusi dan untungnya kepada kehidupan mereka. Jika itu halnya bagi masyarakat bawahan, bagi golongan pertengahan ke atas, mereka lebih sibuk dengan keadaan politik Mesir yang begitu gawat. Biarpun kebebasan daapt dirasakan di seluruh Mesir berbanding tahun-tahun ataupun dekad-dekad sebelumnya, namun ianya tidak menjamin kestabilan politik neg...