Catatan

::Jarak Cinta Ini::

Imej
Entah mengapa inilah waktu yang aku nantikan. Waktu agar Tuhan memberi aku ruang untuk aku contengkan sesuatu dalam blog aku ini. Aku memang jenis suka update status di laman Facebookku. Hampir setiap hari aku update dengan harapan ada manfaat buat teman-teman aku di luar sana. Moga Allah sentuh hati mereka dengan coretanku di Facebook sana. Blog?. Laman yang sudah jarang orang guna. Semakin dilupakan sejak si Mark Zuckerberg ni buat Facebook. Siap ada kawan aku tak main langsung Facebook sebab dia kata Facebook ni orang Yahudi buat. Memang anti-betul dia. Tapi, pandangan aku lain pula. Aku lebih suka ambil manfaat ini untuk aku berdakwah. Itu ruangnya memandangkan hampir seluruh Malaysia dan seluruh dunia main FB, why not kita ambil ruang itu untuk dakwah kan?. Ada sahamnya jugak. Adoiii, bukan ini yang ingin aku persembahkan sebenarnya. Kan dah lari fokus tu!. Aku memang begini. Sekali dah mula menulis, kadang-kadang lupa pulak apa hadaf (baca:objektif) utama. Inilah ...

:: Hayati Nikmat Padamu ::

Imej
Pehhh. Pehhh. Pehhh. Boleh tahan lama juga lah aku tak meng’ hupdate ’ blog ni. Asyik hupdate status je. Dah setahun lebih kot. Astaghfirullah. Nak kata tak ada masa?. Ada je masa sebenarnya. Cuma, biasalah. Nak menulis ni bukan boleh main tulis je. Idea tu dia tak mai macam tu saja. Ada masa-masa idea tu akan menerjah hati dan minda. Ada masa kena lepak kat tepi pantai atas batu, baru ilham mencurah-curah ke ladang gandum. Eh. Boleh tahan lama juga lah tak buat apa-apa coretan di blog ni. Sesekali terasa rindu nak menulis, tapi apakan daya, ada perkara yang lebih utama untuk saya buat. Sekarang je rasa macam ada masa sikit. Biasa lah tu. Bila kita sedang cuba dan bertatih-tatih mengajak dan membimbing manusia ke jalan Allah, tidak cukup sekadar di hadapan papan kekunci dan laptop saja. Ia perlu dibumikan di medan amal kita..Susah ke, senang ke, pokoknya( awat rasa macam indon pula nih ), di medan!. Renung nikmat Tuhanmu itu Bila kita renung kembali, muhasabah kemb...

:: Dunia; permainan yang melalaikan ::

Imej
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid:20). Inilah dunia. Yang kita bangga-banggakan. Rupanya ia permainan lagi melalaikan. Mata manusia banyak tertumpu padanya. Entah apa yang ada pada dunia yang sementara ini. Dunia tidak ada salahnya kita mencari, tetapi jangan sampai ia melalaikan. Jangan sampai ia meragut matlamat asal kita hidup di dunia. 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Itulah waktu “keramat” bagi manusia yang begitu cinta akan dunia. Waktu manusia berpusu-pusu ber...

:: Aman Ahamad. Kau Sahabat, Kau Mujahid ::

Imej
“ Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh….. (An-Nisa’:78) “             Inilah ayat Allah yang mampu melenturkan jiwa yang keras. Mana tidaknya, setiap dari kita pasti ada ‘mindset’ tak mahu mati awal. Kalau boleh kita nak lari dari kematian sedangkan kita kena sedar dengan akal yang waras bahawa kita ini hanya hamba Allah yang hina!. Ya, sangat hina!. Dari sari pati air yang hina!. Keluar dari tempat keluarnya najis. Allahhhhh, hinanya kita.             Melihat kematian dari sudut pandang seorang hamba benar-benar merendahkan ego. Siapa kita?. Hanya manusia ciptaan Tuhan. Kita jangan rasa hidup lama atas muka bumi ni padahal tanah tengah menantikan kehadiran kita. Persiapkan diri kita sahabat!. Jangan jemu dekat dengan Tuhan. Titik mulanya        ...