~ Muhasabah Mutarabbi kepada Murabbi ~




Buatmu yang terlibat dengan halaqah usrah...
Berbahagialah atas jalan ini...
Syukurlah kerana Taaruf, Tafahum dan Takaful...
Berterima kasihlah pada Allah atas kurniaan ukhuwwah fillah ini...
Syukurlah atas sebuah kecintaan ini yang disatukan atas asas iman dan aqidah yang satu

Realiti sunnatullah...
Tidak ramai sebenarnya mampu bertahan atas jalan ini...
Ia bukanlah jalan yang dipenuhi dengan kekasaran atau keganasan...
Tapi ia jalan yang penuh mehnah dan cabaran...
Ia tersembunyi disebalik permusafiran kita bersama jalan usrah

Pernahkah kamu terfikir, kenapa kamu yang dipilih?...
Kenapa mereka yang hebat diluar sana tidak dipilih?...
Bukankah mereka lebih banyak ilmu dan layak bergelar ustaz dan ustazah?...
Bukankah kamu ini berseluar pendek, bertudung pendek, merokok, ber"couple" dan pelbagai jahiliah yang lain?
Kenapakah kamu yang kian melakukan dosa ini juga yang terpilih?..Kenapa?!

Jawapan kepada persoalan itu adalah kerana Allah sayang akan kamu...
Allah memilih kamu untuk berada atas jalan tarbiah...
Allah memilih kamu untuk terus memahami jalan dakwah...
Semua itu kerana kefahaman Islam yang bakal ditanam...
Sepertimana sabda Rasulullah," Jika Allah menginginkan kebaikan pada seseorang, Allah memberikan kefahaman agama padanya...

Berterima kasihlah pada murabbimu (para naqib dan naqibah)...
Kerana masih wujud dalam hati mereka untuk membimbingmu...
Ya!, mereka amat menyayangimu...
Apa tandanya???...
Dia sentiasa mengingatkan kamu agar menjaga amalan, sentiasa menegaskan pada kamu agar istiqamah dengan usrah juga sentiasa meminta kamu untuk terus menjaga hubungan dengan Allah!...

Jasa para nuqaba' itu tidak terbalas rasanya...
Mereka tidak menginginkan apa-apa balasan duniawi dari kamu...
Hanya mereka inginkan adalah kamu itu berubah...
Daripada jahiliyah kepada memahami Islam...
Daripada jahat kepada baik...

Mereka memerah keringat mendidik, membentuk dan membina kamu...
Persis ibubapa mendidik anak-anak mereka...
Suatu kebahagiaan buat mereka apabila melihat kamu sudah mula berbicara dan memikirkan soal dakwah dan tarbiah...

Usah rasa terbeban dengan usrah...
Hakikatnya, risalah yang kamu akan pikul ini adalah satu amanah dari Allah...
Tugas kamu selaku pengikut usrah untuk menyebarkannya...
Pastikan seruan Islam ini masuk ke setiap gegendang telinga umat Islam...
Usrah ini bukanlah tapak permainan untuk kita bermain dalamnya...
Tapi ia tapak untuk kita membina iman dan meningkatkan kefahaman...

Sedarilah, naqib dan naqibah itu sedang menyusun kamu...
Ia sedang menyusun kamu bagaimana kamu ini bisa meraih cinta Allah...
Mereka menjadi pemudah cara bagimu dalam menuju syurga Allah...
Cuba kamu perhatikan lirik pandang mereka terhadap kamu...
Ianya sebuah lirik pandang yang terisi dengan sebuah pengharapan...

Taatilah naqib dan naqibahmu...
Sungguh mereka itu...

SAYANG KAMU KERANA ALLAH!

muslimdaie90_BumiAllah

Ulasan