28 April 2012: PWTC ---> BERSIH 3.0


Tuntutan BERSIH


Alhamdulillah3x...

Sekali lagi ingin aku menulis dan menconteng didinding blog ini. Terasa tidak ingin membiarkannya kekosongan dan dihiasi "spider web" dan berhabuk-habuk halus. Ya!, saat lapang yang Allah berikan inilah bakal aku manfaatkan untuk aku coretkan beberapa kisah hidupku. Samaada ia suka atau berkisar tentang duka.....

Sekarang di minda masih terngiang-ngiang akan peristiwa yang berlaku pada tarikh 28 April 2012 yang bagi aku paling bersejarah buat arena politik negara. Itulah BERSIH 3.0!!!. Ia menjadi seakan sangat sensitif apabila disebut dan dibualkan di khalayak ramai. Entah mengapa ia terlalu sensitif. Sudah tentu lah kerana ia membabitkan 2 pihak yang sejak dari dulu lagi berusaha untuk memegang tampuk kepimpinan dan ingin memerintah negara mengikut acuan sendiri.....

Pada seminggu sebelum 28 April, aku dihubungi oleh keluarga yang tercinta. Mereka meminta pengesahan dariku samaada mahu ikut untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur atau tidak..dalam masa yang sama tarikh "perhimpunan Duduk & Bantah" itu berlangsung..Aku seakan memikir dua kali samaada ingin pergi atau tidak ke pesta buku..Tiba-tiba teringat akan perhimpunan tersebut..Keinginan hendak pergi ke perhimpunan tersebut menjadi tinggi dan membuak-buak apabila sahabat yang lain mengajak dan menyeru untuk turut serta..Lalu aku memberitahu keluarga yang aku akan turut serta untuk pergi ke Pesta Buku.....

Pada 26 April 2012, aku dan seorang sahabat karib aku Bro O(identiti disembunyikan), mengambil keputusan untuk membeli tiket ke Kuala Lumpur. Matlamat aku pergi KL adalah ingin pergi ke Pesta Buku dan dalam masa yang sama, sangat teringin hadir ke perhimpunan tersebut. Al-maklumlah, kali terakhir berdemo adalah masa sekolah menengah. Sudah hampir berkarat semangat berdemonstrasi ditelan masa.....

Bro O juga pergi ke KL semata-mata ingin pergi ke perhimpunan tersebut. Sungguh bersemangat dia. Melihat aku bersemangat mahu pergi, dia pun naik bersemangat!. Ya!, semangat muda itulah yang kita mahu!. Semangat muda yang bakal menggegarkan dunia!.....

Tepat jam 8.00 malam 28 April 2012, kami tiba di Hentian Putra, bersebelahan dengan PWTC tempat jualan buku antarabangsa diadakan..Sebaik tiba, aku langsung menelefon keluargaku yang ketika itu berada di Taman Melewar, Gombak mendengar ceramah oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berkenaan dengan isu-isu negara yang perlu rakyat tahu dan cakna!..Ayahku meminta aku untuk tunggu selama satu jam kerana perjalanan dari Gombak ke Hentian Putra yang agak jauh dicampur dengan ke'busy'an bandar kota raya "Kay Ell"..Tinggal di KL memerlukan tahap kesabaran yang tinggi!!..hmmmmm.....

Aku menunggu dengan penuh kesabaran dan ditambah dengan rasa letih yang masih tak hilang sejak dari Kuala Terengganu lagi..Akhirnya dalam jam 10 lebih, famili aku hadir menjemput aku dengan kereta Unser yang baru saja di'renovate'..Kami menginap di Hotel Putra pada malam itu dan betul-betul bertentangan dengan Institut Jantung Negara manakala Bro O menginap di rumah mak sedaranya yang berada di Gombak..Aku bertanya kepada umi, "Ada beli makanan tak?..lapar ni"..kata umi,"Ada!, tapi mee-hoon sup la!"..Aku tak kisah sangat bab makanan ni..Yang penting, ada makanan yang boleh disumbat dalam perut bertujuan menghilangkan lapar yang menyengat!.....

Keesokan harinya, kami bersiap ingin ke pesta buku yang buka pada jam 10 pagi..dalam bersiap-siap, kedengaran bunyi siren kereta polis yang memecah kesunyian pagi..Berderet kereta, motor dan trak polis yang meluncur laju dihadapan Hotel Putra..Tak lain tak bukan, mereka ingin beraksi di tempat ratusan ribuan rakyat berhimpun!..Semangat aku makin membara seperti membaranya api di dalam jiwa anak muda!.....

Aku dan famili terus bergerak ke Pesta Buku..Subhanallah!, ramainya manusia kat pesta buku!..Al-maklumlah, hari kedua berlangsungnya jualan buku mega ini..Tengah berjalan dengan famili di tapak pesta buku..Mindaku tiba-tiba melayang pergi..Pergi terus dan betul-betul menuju ke BERSIH 3.0..Kini fokus untuk aku membeli buku sudah lari..Jiwa aku semakin bertemu debaran..Terbayang!, apa yang berlaku di Masjid Jamek,Pasar Seni, dan Dataran Merdeka?!..Ya!, fokus dan matlamat aku sudah mencapah!..Dari asalnya ingin membeli buku, tapi akhirnya terfokus kepada BERSIH!.....

Tiba-tiba ditengah-tengah lamunan minda itu, mesej dari Bro O memasuki ruang mesej handphone ku. Mesejnya berbunyi :-
_________________________________________________________________________________
Bro O:  Salam syekh, enta kat mana?..
Aku: Wsalam, ana masih di pesta buku
 Bro O: Nanti nak gerak ke Masjid Jamek gtau ana..kita jumpa kat Stesen Masjid Jamek nanti
Aku: Ok2..insyaAllah..bereh
_________________________________________________________________________________

Ya!, fokusku kian mencapah dengan begitu ketara..Separuh jiwaku kini sudah berada di medan demonstrasi..Ya Allah~~~

Jam menunjukkan tepat jam 2 petang..Tika itu perarakan menuju ke Dataran Merdeka sudah pun bermula..Aku masih lagi di pesta buku..Tanpa bisa bertahan lagi, aku meminta keizinan dari ibubapaku untuk aku pergi ke medan Bersih..Alhamdulillah, mereka membenarkan aku pergi tanpa beribu-ribu soalan yang perlu dijawab..Namun, masih nampak riak diwajah mereka bibit-bibit kerisauan..Yelah, mana tak nya, anak lelaki sorang ini kadang-kadang semangatnya tak boleh dijangka!..Aku meminta ibubapaku mendoakan kesejahteraan aku di medan nanti..Ibubapaku juga sempat membekalkan wang saku untuk aku membeli buku yang aku tidak sempat untuk membelinya.....

Aku bergegas ke Masjid Jamek dengan menaiki LRT yang penuh sesak..Lama juga aku menungggu giliran membeli token!..Hanya perkataan SABAR bermain di jiwa!.....

Mesej dari Bro O masuk lagi :-
_________________________________________________________________________________
Bro O: Akhi, ana dah sampai di Masjid Jamek dan ana dah bersama dengan rakyat di bawah ni!..enta xtahu jalan, kol ana
Aku: Alhamdulillah..xpela..enta gerak dulu..xyah tunggu ana..ana boleh survive 
 Bro O: ok2..bereh
_________________________________________________________________________________

Jelas juga risaunya terhadap diriku..huhu..mana tak nya, pergi sekali naik bas..Plan sekali nak join Bersih, tetiba berpecah pada saat genting!..Risau juga dibuatnya...

Setibanya aku di Stesen Masjid Jamek, aku ditahan!..Bukan kena tangkap tapi ditahan dari keluar stesen LRT tersebut dek kerana waktu itu berlaku pertempuran antara Polis, FRU, SB Polis dan ribuan rakyat!..Aku melihat dari pandangan atas..Polis mengejar rakyat dan membelasah rakyat seperti binatang membaham mangsanya..Sungguh!, tidak berperikemanusiaan polis pada waktu itu!..Entah apa yang bermain di fikiran mereka!.....

Sedang asyik melihat pertempuran, tiba-tiba mata terasa sangat pedih!..Mata mula berair dengan banyak!..Tekak mula kekeringan..Dada mula menjadi amat sesak!..Terasa seperti mahu pengsan!..Asapnya tiada tapi sudah terasa sepert serbuk cili yang dihancur lumat memasuki mata!..Aku pandang ke belakang, rupa-rupanya sebotol Tear Gas@Cannister memasuki ruang stesen LRT di bahagian atas..Seorang pakcik melihat aku mengalir air mata, lalu dia menghulurkan secubit garam halus untuk aku telan dan sapu pada bahagian muka dan bawah mata..Alhamdulillah!, kurang sikit pedihnya!..

Saat itu aku melihat penderitaan manusia baik Melayu, Cina dan India!..Ini namanya penderitaan 1 Malaysia!..Terima kasih abang polis kerana bagi hadiah macam ni pada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan!.....

Aku melihat, rakyat ditumbuk!..diterajang dengan kasut polis yang keras!..Dirampas kamera dan dipecahkan!..Rakyat ditembak dengan gas pemedih mata dan disembur dengan air berasid!..Sungguh rakus polis dan FRU ketika itu!..Mereka menyangka rakyat adalah makhluk perosak yang perlu diusir dengan cara kasar sebegitu rupa..Tanpa disedari, air mata aku mengalir..Bukan mengalir disebabkan tear gas, tapi mengalir disebabkan sedih melihat rakyat dibelasah tanpa belas kasihan..Terus ingatan terlempar di Negara-negara Arab yang sedang bergolak..Palestin, Syria, Mesir dan sebagainya..Peristiwa Bersih hampir serupa dengan negara Arab yang juga bertempur dengan pihak kerajaan.....

Terdengar laungan dari rakyat!.." Hidup2x..Hidup rakyat! "..Tumbang2x..Kezaliman! ".." Hancur2x..Regim zalim! "..Sungguh semangat rakyat ketika itu..Semangat itulah yang kita mahu!..Lalu, aku pun turut melaungkan slogan-slogan yang dilaungkan kecuali slogan-slogan yang berbaur lucah, provokasi atau slogan yang boleh menimbulkan api-api permusuhan antara dua pihak.....

PBAKL 2012


Pada petang lepas asar, aku ditemukan dengan Bro O semula..Kami bergegas membeli token di stesen Masjid Jamek untuk pulang ke stesen PWTC semula..Semuanya selamat..Aku terus pergi ke PWTC tempat pesta buku untuk membeli buku yang tertunda untuk aku membelinya iaitu dek semangat untuk pergi berhimpun!..Sempat juga membeli 2 buah buku..Yang satunya dikirim oleh seorang sahabat di Negeri Penyu..Alhamdulillah, Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu tulisan Ustaz Hasrizal(dikirim oleh sahabat) dan Cinta High-Class tulisan Dr. Farhan Hadi dan pasangannya yang sejati Ustazah Fatimah Syarha(kepunyaan sendiri)..Buku yang menunjukkan kini aku sedang membuat persediaan bagi melangkah ke fasa yang seterusnya..Ya!, kita perlukan persediaan!.....

Selepas ber'shopping', Bro O mengajak aku makan di Kentucky Fried Chicken(KFC)..Aku fikir dua kali juga ingin makan di situ dek kerana perut lapar dan rindu akan nasi..Tapi disebabkan meraikan keinginan sahabat, aku menemaninya makan..Sedap makan KFC sedang perut tengah lapar yang amat sangat!..Seusai  makan kami terus ke Gombak dan bermalam di rumah mak sedara Bro O..Sungguh ia pengalaman yang amat menarik!.....

Keesokan harinya, kami bersiap untuk pulang ke Terengganu..Paginya sempat lagi bermain bola jalan          ( street soccer ) dengan anak sedara Bro O..Seronok juga main dengan budak kecil..Lama dah tinggal zaman keanak-anakan..Aku juga dihidangkan nasi lemak yang osem dari mak sedara Bro O..Tiket bas kami adalah jam 12.30 tengahari..Kami bergegas dari Gombak jam 11.30 pagi..Sungguh lewat!..Kami hampir 2 saat ingin tertinggal bas kerana sudah bergerak sedikit..Aku berlari menuju ke bas dan tahan pemandunya dari terus bergerak meninggalkan kami!..Hebat juga aku dapat tahan bas..The Power Of The Hand!( sambil tangan menahan bas ).....

Alhamdulillah, kami pulang dengan selamat!..Pengalaman ini sungguh bermakna dan akan ku kongsikan dengan anak cucu kelak.....

Fahami Tuntutan Ini Sebaiknya

Tuntutan Bersih 3.0 :-
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor


Inilah tuntutan BERSIH yang kita perlu perhalusi..Ini bukan soal kita menyokong Ambiga atau tidak..Tapi kita melihat ini adalah isu pembersihan dalam pilihanraya..Rakyat inginkan perubahan dalam sistem pilihanraya.....

Kita mahukan pemimpin yang adil untuk memerintah negara..Negara juga perlu dipimpin berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah..Dengan itu, memilih kepimpinan yang akan menerajui negara adalah amat penting!.....

Sama-sama kita berfikir dan menganalisa politik di Malaysia di samping tidak melupakan tujuan kita hidup atas muka bumi ini.....

Wallahua'lam.....

muslimdaie90_RI, GongPakJin

Ulasan