:: Hidayah Merawat Jahiliyah ::

Hidupku


Indahnya memori yang lalu..Jika diimbau kisah silam, pasti tergelak sendirian..Ada kisah yang mencuit hati..Ada kisah yang mengguris hati melahirkan sedih!..Ya!, kita pasti teringat akan kisah yang lama-lama..Terutama bila kita duduk bersendirian dan satu tempoh masa yang lama dengan kisah yang pernah berlaku itu..Terkadang ia menjadi muhasabah pula buat kita..Lalu Allah datangkan firmannya untuk kita tadabbur!.....

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18)

Kita melalui fasa-fasa yang penuh onak duri dalam mencorakkan gaya hidup kita..Hampir saja onak duri itu menusuk bahagian dari tubuh badan ini memberi rasa sakit..Sakit yang kadang kala membuatkan kita ini lebih dekat dengan Allah, atau makin jauh..Tetapi kebiasaannya, bila sakit kita pasti ingat Allah..Cuma bila sihat kita ini jarang menampilkan rasa syukur di hadapan Allah..Sombongnya kita!.....

Tiga fasa yang banyak membentuk siapa diri kita yang sebenar.....

Fasa sekolah rendah --->; Fasa sekolah menengah --->; Fasa Institut pengajian tinggi

Hidupnya kita ini memerlukan sesuatu..Di setiap fasa ini, kita sentiasa saja disajikan dengan macam-macam perkara..Ada perkara yang mengajar kita erti hidup seorang manusia..Ada juga perkara yang menyebabkan kita alpa dengan hidup kita..Apabila di sekolah rendah kita melakukan kesalahan, ada saja yang terkeluar dari mulut kebiasaan, " Ala, biasa lah tu, budak sekolah rendah..kita pun macam tu jugak dulu..Lama-lama dia faham lah tu..Jangan nak marah beria sangat budak tu..Tertekan dia nanti!! "..Itulah ungkapan yang biasa kita dengar dari mulut para penjaga.....

Fasa ini semakin meningkat..Peningkatan yang mengajar erti kematangan..Juga di setiap fasa itu cabaran-cabaran yang hebat..Mungkin kita berjaya melepasinya, atau mungkin ia jauh sekali untuk memenanginya.....

Awas!, cabaran menanti di depan!!!...Itulah JAHILIYAH!!!

Jahil& Islam

Hidayah Melenyap Jahiliyah

Jahiliyah mendatangkan maksud yang cukup jelas pada pemerhatian kita..Melihat pada definisinya sahaja, sudah membolehkan kita memuhasabah diri kita, adakah dalam diri kita masih ada sisa-sisa jahiliyah.....
kepada hukum-hukum Allah.....


Pada bahasanya, jahiliyah membawa erti bodoh dan sesat..Dan pada istilahnya pula, ia bermaksud mana-mana sikap yang menolak petunjuk Allah, tidak mahu menerima, tidak mahu patuh dan tidak mahu tunduk 


Bila disingkap kembali kisah silam kita, banyaknya dosa yang dah kita buat..Jahiliyah yang menjadi seperti darah daging kita..Mudahnya manusia melakukan dosa dan jahiliyah berbanding mengumpul pahala!..


Kini, fokus kita tertumpu pada artis di Malaysia khususnya..Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Diana Amir, Yatt Hamzah..Itu yang wanita..Yang lelaki pula, Sham kamikaze, Bob Lokman, penyanyi dangdut yang tidak asing lagi, Iwan..Dan ramai lagi yang berubah!..Di sana timbul satu persoalan, bagaimana mereka boleh berubah?!.....


Ya!, berubahnya mereka kerana sebuah HIDAYAH!!!

Hidayah tidak akan datang bergolek!..Itu sudah pasti!..Hidayah itu satu nikmat dari Allah..Ia hadir dalam diri manusia disebabkan adanya faktor luar yang membolehkan hidayah itu sampai kepada pemiliknya..Memperoleh hidayah perlu mujahadah dan punya keinginan yang sangat kuat untuk berubah dan ada pemangkin luar yang membantu untuk memperoleh hidayah tersebut.....

Hidayah

Kita Ingin Peroleh Hidayah

Aku sentiasa ingin mengaitkan satu-satu perkara dengan tempat dimana aku bertapak sekarang iaitu di alam kampus..Di dalam kampus jug ada fasa-fasanya yang dibezakan oleh tempoh masa pengajian..Tahun 1, 2 dan 3..Fasa yang setiapnya mengajar banyak perkara..Bergantung kepada kita untuk mengambil ibrahnya.....

Kita sering memerhatikan gelagat masyarakat di kampus..Mereka banyaknya dilamun oleh manisnya jahiliyah pada pandangan mata tetapi hakikatnya pahit bak hempedu bumi..Namun, disebalik mereka yang terkecimpung dalam arena jahliyah itu, masih ada yang mencari-cari sinar hidayah..Di segenap ruang mereka mencari..Di padang, di cafe, di perpustakaan, di bilik kuliah, di tapak parkir..Huh!, tak jumpa juga sinar hidayah!..Ya!, biasanya ia ada di tempat orang-orang soleh/ah dan baik-baik..surau!.....

Sering kita didatangkan beberapa masalah..Teringin berkongsi satu cerita:-
_______________________________________________________________________

" Assalamualaikum bang, buat ape tu???..bz tak??..cadang nak jumpe..nak bincang benda ckit..saya nak mintak tolong abang ni!!!," mesej dari seorang adik yang ingin masalahnya diselesaikan  
" Waalaikumussalam dik, owh, yeke?..tak bz pon..insyaAllah, abang sudi je nak dengar masalah adik..nampak gaya macam rumit je masalah.betul ke?..hehe," kata abang yang sengaja menabur kata manis dengan harapan mahu tahu lebih banyak rahsia 
" Betul!..agak rumit bang..tu yang saya nak mintak tolong abang ni..harap tak susahkan abang..saya yakin abang boleh bantu saya, " adik itu menunjukkan 1001 pengharapan dari si abang 
" Macam ni bang, saya sebenarnya cemburu dengan kawan saya yang lain..Mereka semua baik-baik..semua join usrah..saya teringin sangat nak jadi macam diorg..kadang-kadang, bila diorg pergi halaqah usrah, tinggal saya keseorangan!..saya rasa terpinggir!..Saya ni banyak benda yang perlu diperbaiki..Saya hisap rokok, pakai seluar pendek, suka dengar lagu dan bercouple,..saya nak abang bimbing saya boleh?..saya nak join usrah jugak!!!" adik itu menceritakan masalah sekaligus hasrat hatinya yang mungkin dipendam lama 
" Owh, insyaAllah, tidak ada masalah dik..Biasalah tu..Masing-masing nak berubah hatta abang sendiri pun bukanlah insan yang maksum seperti maksumnya baginda kecintaan kita, Rasulullah..baguslah ada hasrat yang macam ini..bersyukurlah pada Allah dik..kerana, Allah itu sudi nak mengetuk hati kita untuk melakukan sedikit anjakan dalam hidup kita..dari yang tak baik, kepada yang baik!..Tapi, perubahan itu perlu mujahadah..bersungguh-sungguh dan jangan putus asa!.insyaAllah, abang akan bantu..minggu depan datang usrah abang yer!," lega setelah cuba untuk bantu adik tersebut
______________________________________________________________________


Juga masalah jahiliyah ini tidak terlepas pada kaum Hawa yang diciptakan indah dimata kaum Adam:-
______________________________________________________________________

" Assalamualaikum kak!, " jerit seorang adik tahun 1 kepada seorang kakak yang memegang title naqibah di kampus

" Waalaikumussalam dik!, terkejut akak..Hmm..Lain kali kena rendahkan suara tau..Kena tunjukkan kesopanan seorang wanita..sifat wanita kan lemah lembut," kata kakak dalam menasihati seorang adik yang tidak dikenalpasti latar belakangnya

" Kak, saya sedih la!..Tak tahu nak cakap macam mane!.T_T..Saya nak berubah, tapi takde orang pun nak bantu saya malah takde yang nak menyokong perubahan saya!," kata adik dalam nada sedih

" Owh, takde masalah..Kakak nak cakap ni, kakak sudi ambil adik sbg adik akak!..Adik join usrah akak yek?!..Mungkin di situ adalah medium terbaik untuk adik berubah..Perubahan akak, dengan bertudung labuh, berstokin kaki dan berhandsock ni pun, hasil dari usrah ni..usrah in sweet tau!..Kalau nak tahu sweetnyer usrah ni, adik kena merasainya!," kata kakak yang dalam fikirannya mahu mentarbiyah adik ini

" Okey akak!..bestnyer akak!..sporting!..saya nak jadi macam akak!..Saya nak pakai tudung labuh!, saya nak paka stokin kaki dan nak pakai jugak handsock!..Juga saya nak buang jahiliyah yang paling teruk iaitu bercouple!..saya nak couple dengan Allah je..Saya nak buang semua perkara-perkara yang menampakkan saya ni jahiliyah!..Ya!, saya nak berubah!!," semangat si adik berkobar-kobar

" Subhanallah!, akak bangga dengan adik tau..Beruntung rasanya dapat orang macam adik..usrah inilah yang bakal mengajar adik erti muslimah sejati..Walau adik betudung pendek, tak pakai stokin kaki dan berhandsock pun, masih ada kemahuan yang tinggi untuk terus berubah!..Ni bertambah sayang kakak kat adik ni..moga hidayah Allah sentiasa bersama adik!, " kata kakak memberi suntikan semangat yang mendalam kepada adik yang baru dikenali itu
_______________________________________________________________________

Inilah peristiwanya berkaitan dengan individu yang punya hasrat untuk berubah..Tahniah!, kerana Allah sudah memilih kita..Perubahan itu mestilah rabbani!..Perubahan kerana Allah, bukan kerana manusia..Itu perlu jelas kepada Si Pencari Hidayah..Bukan mudah untuk berubah, kerana ia melibatkan apa yang ada dalam hati dan kemahuan hati itu penting dalam menjalani proses anjakan yang seterusnya.....

Ramai yang ingin berubah..Kini, ramai yang sudah menyesali perbuatan dosa yang lampau..Dulunya, ada aurat yang dipamerkan, kini pameran itu sudah ditutup untuk selama-lamanya..Ya!,orang lain bisa membantu kita untuk berubah namun selebihnya dan lebih utama adalah dari diri kita sendiri..Seperti bicara Allah dalam Surah Ar-ra'd ayat 11:-
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Teruskan berubah dari semasa ke semasa..Sekali hidayah itu sampai, hargailah ia..Kerana dibimbangi ia tidak akan hadir lagi pada kita dek kerana mengkufuri nikmat yang Allah sudah kurniakan pada hambaNya..Usah terlalu memikirkan apa yang mereka perkatakan tentang perubahan kita, kerana mereka itu dengki dan hakikatnya, hidayah belum sampai lagi pada mereka.....

~ Thanks to Allah for everythings! ~

muslimdaie90_BumiPenyu

Ulasan