~ Memuhasabah Ujian Itu ~

[Sabar itu kekuatan]


Alhamdulillah..syukur ku panjatkan atas kurniaan ini..juga nikmat iman dan Islam yang dipaterikan olehNya setelah sekian lama...juga nikmat yang tidak akan aku lupakan adalah nikmatnya mengenali jalan yang penuh cabaran ini...itulah jalan DnT (Dakwah and Tarbiyah)..jalan yang bakal membawa kita ke syurga Allah.....


Cabaran demi cabaran menjelma..menjelma ibarat satu batu besar yang jatuh dari langit!..lalu menyekat laluanku..lebih menyesakkan dan membebankan apabila cabaran ini sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada komitmen aku kepada dakwah..itulah cabaran yang merunsingkan!.....

"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)


Ya!, tahun akhir ini cukup melelahkan!..memenatkan!..itulah asam garam sebagai seorang pelajar "tahun akhir"..kalau tak penat dan lelah, tidak pula bakal digelar pelajar..juga sebagai seorang yang bakal menghabiskan belajar dalam masa beberapa bulan sahaja lagi..pengalaman hampir 3 tahun cukup-cukup mengajar aku..


Pengalaman sebagai pimpinan pusat Islam dan USRAH, ketua blok lelaki, exco kelab..tidaklah banyak jawatan sepertinya, tetapi setiap satu jawatan itu punya pertanggungjawaban yang besar!..adakala kudrat yang sedikit ini tidak mampu melaksanakan semua itu dengan baik!..namun, yang tersangat aku hargai adalah pengalaman mengenali jalan DnT..adakalanya, orang memanggil dengan gelaran ustaz hanya kerana imej dan dakwah yang kita ingin sampaikan..sedangkan empunya diri ini bukanlah kos agama..tapi, alhamdulillah kerana semua itu seizin Allah...


Terkadang memuhasabah diri, adakah perlu berbangga dengan bermacam gelaran??..sama sekali tidak perlu..kita tidak perlukan pujian yang melambung dari sesiapa kerana usaha kita ini sungguh IKHLAS kerana Allah..benarlah!, hebatnya kuasa muhasabah itu..muhasabah yang sebenar apabila muhasabah itu punyai sifat Rabbaniyyah..sifat yang mana apa jua perkara kita sandarkan pada Allah, Sang Pencipta..berorientasikan Allah!...


Juga hampir setiap masa aku memuhasabah adik-adik binaan DnT..benarlah!, kita hanya berusaha namun Allah yang mencampakkan hidayah kepada sesiapa..rasa riang hati apabila adik halaqah sudah mula memikirkan soal dakwah di medan..namun, tidak dinafikan masih ada yang kabur..disebabkan kekaburan itu, mereka lebih 'prefer' untuk menjadi pengikut..mereka memerlukan sedikit lagi 'booster' untuk melajukan mereka...

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.[Al-Qasas:56] 


[USRAH pengubat jiwa]


Aku terfikir, bagaimana binaan-binaan dakwah dari 'seberang laut', apabila datang Malaysia, sangat laju gerak langkah mereka dalam dakwah..mereka orang Malaysia, juga bangsa Melayu..tapi, amal-amal dakwah mereka yang menunjukkan suatu kelainan..adakah faktor, suasana ataupun apa??..tidak mengapa, yang penting teruskan bekerja mengikut mekanisme yang bersesuaian dengan keadaan setempat...


Teringat ketika di Tahun 1, sangat 'free'..banyak masa yang tidak terisi..nak kata ada adik halaqah, baru tahun 1 setahun jagung..aku hanya mengikut aturan murabbiku yang ketika itu tidaklah seumur kerana umurnya sudah pun mencecah 40 dan ke atas...=)..masa untuk aku bersama dengannya pun tidaklah banyak..biasalah, adat orang bekerja..antara perkara yang paling ketara yang berlaku adalah, tahun 1 aku berpeluang pergi mandi pantai bersama sahabat-sahabat..namun,kini tidak lagi kenangan itu berulang..sekadar melekat di ingatan sebagai suatu memori...


 Satu penipuan jika aku katakan aku tidak merindui tahun 1..T_T..banyak kenangan yang terpahat di minda..jika diluahkan di sini, mungkin tidak terluah..masa terluang tahun 1, tidak sama dengan masa terluang tahun 3..kini, masa terluang aku banyak dicuri oleh perkara-perkara dunia yang aku merasakan ianya alat untuk aku mencapai suatu matlamat..thesis, proposal, assignment,projek akhir, kelas malam yang hampir tiap malam ada kelas...


Sedih!..sedih apabila apa yang menjadi kebiasaan tidak lagi dapat dikecapi..terutamanya masa untuk berhalaqah dengan adik-adik..rasa bersalah dengan mereka..ingin saja aku menyalahkan sistem universiti yang dilihat suka buat kelas malam..sedangkan aku merasakan waktu malam, tidak perlu diganggu kerana itulah masa untuk kita mengecapi nikmat menuntut ilmu akhirat!...


Kebiasaannya, halaqahku bersama adik-adik akan dibuat waktu malam seusai solat isya'..tempatnya fleksibel mengikut keadaan dan emosi semasa si naqib mereka..=)..hujung minggu pula tidak boleh diganggu kerana kebiasaannya ada program-program terutamanya daurah..aku pula yang perlu mencuri masa untuk berhalaqah..sungguh banyak kefahaman yang ingin ku sampaikan kepada mereka..mereka juga kelihatan bersemangat, tetapi kekangan masa sedikit menguji aku...


InsyaAllah, aku memohon kepada agar dipermudahkan segala urusan baik urusan keduniaan dan urusan akhirat..sungguh, aku sangat-sangat mengimpikan, binaan-binaan halaqah itu bakal menyuburkan dakwah di peringkat kampus..aku berpegang dengan satu formula di mana..Jalan dakwah dan tarbiyah itu panjang, tapi hasilnya lebih terjamin..moga KITA terus thabat duhai pejuang kebenaran!...

Wallahua'lam.....



muslimdaie90_GongPakJin,KT

Ulasan