~ Antara Sekolah dan Jahiliyah itu ~






Huh!, akhirnya diberi peluang untuk mengupdate blog sendiri..maklumlah, kebiasaannya “mukabuku” yang terlebih dahulu di update..alhamdulillah, segala rasa syukur itu kembali kepada Sang Pencipta yang member rasa syukur itu~~~

Terkadang memuhasabah kembali, sudah berapa umurku dalam dakwah??..sejauh mana sumbanganku untuk dakwah??..adakah aku ini tergolong dalam golongan yang benar-benar melakukan dakwah??..adakah seruan Syahadah Al-Haq sudah kita sahut??..suatu muhasabah buat para du’at…..

Bila diputar kembali roda pemikiran, terkenang zaman silam..zaman yang jauh berbeza dengan kita sekarang..pasti timbul bermacam perasaan..gembira, sedih, tergelak, senyum sendirian..semuanya dek kerana kisah silam kita..kadang kala kisah silam itu yang membuatkan kita sentiasa rasa syukur..bersyukurlah dengan segala apa yang Allah kurniakan dan jadikan kita..
            
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim: Ayat 7)
Fikiran ini sering kali melayang entah kemana..kadang kala air mata ini mengalir tanda terima kasih kepada Allah, yang membangkitkan aku dari tidur yang lena..zaman sekolah yang ku telusuri itu, tersembunyi pelbagai kisah ceritera kehidupan..ada yang bersifat positif, ada yang bersifat negatif..ya!, itulah suatu pengalaman yang bermakna yang suatu hari nanti bakal ku kongsikan bersama insan-insan yang suka untuk aku berkongsi cerita suka duka…

Bersekolah yang berjenama “agama” itu, tidak banyak mendatangkan erti “agama” menurut konteks yang difahami oleh sekian ulama’ dan para pendakwah..agama itu dilihat hanya pada matapelajaran..bukan kepada penerapan secara mendalam dari sudut akhlak Islam, kefahaman, pengaplikasian dan sebagainya..namun begitu, masih timbul rasa syukur kerana aku tidak seperti kebiasaan manusia yang bersekolah biasa..pernah juga timbul riya’ dek kerana sekolah agama yang disebut masyarakat ramai..yang memandang tinggi pada pelajar sekolah agama…

Selama 5 tahun bersekolah menengah agama, kejahilan jelas terpancar di situ..aku langsung tidak menyedari kepentingan dakwah..hanya sekadar tahu dakwah itu adalah Amar Ma’ruf, Nahi Mungkar..tapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan..sepertinya ketika itu aku masih berada di dalam KITARAN BODOH kerana tidak mengerti akan matlamat hidup sendiri..yang aku tahu, pergi sekolah 6.30 pagi dan pulang ke rumah jam 2.30 petang..itu rutin kebiasaan..

 Aku terfikir dan meneliti mengapa sekolah agama kini, tidak lagi mampu menghasilkan produk-produk yang berkualiti untuk agama..mereka punya ilmu agama, tetapi masih tidak terpancar rasa izzah akan Islam di wajah mereka..masih tidak jelas mengapa belajar agama..yang mereka tahu, belajar subjek agama untuk jawab peperiksaan..Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)..alangkah ruginya!!! kerana kualiti itu bisa digunakan untuk Islam andai mereka itu mengerti!...

Ya!, masih ada cabaran yang berbaki dalam ranjau hidup sebagai seorang pelajar sekolah agama..terkadang bangga mendapat ‘title’ itu, terkadang malu dek kerana sahabat-sahabat yang hanya sekadar sekolah biasa..cabaran yang paling kuat adalah cabaran berSAHABAT!..

Kenapa aku katakan bahawa berSAHABAT itu adalah suatu cabaran??!!!............


Ulasan