:: Terkadang tersungkur ::


-Determined-


Pernah anda melihat orang yang laju di medan?

Kelajuannya menyebabkan kita yang masih baru nak merangkak ini cepat merasa lelah!. Tak terkejar amal-amal mereka!. Mereka yang dianggap “otai” dalam gerak kerja, benar-benar menampilkan prestasinya yang hebat di medan menyeru dan membina ini. Huh!. Tarik nafas dalam- dalam!.....

Pernah anda mendengar pengisian yang mantap?

Pengisian yang menggugah jiwa raga..Sekali bagi pengisian, tiba kedua belah kaki rasa nak melompat-lompat..Lompatan yang paling tinggi!..Mula semangat membuak-buak nak buat kerja-kerja menyeru dan membina ni..Ayat Quran sentiasa di”relate”kan semasa bagi pengisian!. Wah!, hebat betul!..Mula hati terasa ingin jadi hebat seperti dia!.....

Pernah anda melihat seorang akh/ukht yang sangat terjaga mutaba’ah amalnya?..Qiyamullail tak pernah tinggal mungkin?

Seorang akh/ukht yang memang tegas dengan mutaba’ahnya..Merasakan seandainya ada mutaba’ah yang tidak tertunai, maka ia satu kesalahan buat dirinya yang ber’title’ da’ie..Mereka yang menjaga ruhiyynya..Sangat merasakan kebergantungannya kepada Allah..Merasakan bahawa jika tidak jaga mutaba’ahnya, maka dia telah mengaibkan dakwah kerana tidak mampu beramalan dengan amalan Rasulullah dan para sahabat yang terdahulu..Itu sungguh OSEM!.....

Ujian yang menduga

Benarlah kata-kata yang biasa orang tua nasihatkan dan biasa juga kita gunakan..Apa dia? :-
“ Hidup ini ibarat roda “……”Hidup ini ibarat layang-layang”

Kita sudah pasti terbiasa mendengar kata-kata ini..Mungkin satu kata motivasi atau nak memujuk kita..Atau mungkin kata untuk dimuhasabahkan…..

Benar!..Hidup ini persis roda dan layang-layang..Hidup yang namanya manusia ini ada turun dan naiknya..Ada masa kita di atas..Ada masa kita di bawah..Ada masa kita pasti akan bisa berjalan lebih laju..Ada masa kita bergerak dengan sangat perlahan!..Itulah yang namanya FITRAH!......

Tika kita merasa kuat, saat itulah kita berada di atas!..Tika kita terasa sangat lemah, saat itu mungkin posisi kita adalah di bawah…..

 Ada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Beliau pernah bertanya Rasulullah mengenai iman :-
            
“Adakah iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang?” Jawab Baginda saw: “ Ya, iman seseorang itu boleh bertambah hingga (akhirnya) ia masuk ke dalam syurga dan    (iman juga boleh) berkurang sehingga seseorang itu (akhirnya) masuk ke dalam   neraka.”
Lebih jelas, terang lagi bersuluh hadis Rasulullah ini..Tidak peliklah jika terkadang ada yang bangkit bertenaga hebat..Juga tidak pelik jika ada yang lemah longlai di tengah perjalanan…..



Futur meresapi si aktivis
            “ Akh, ana nak tanya soalan boleh?, kata Ansorullah kepada Jundullah, seorang  yang sangat dikagumi akan kerja untuk islamnya.
            
“ Silakan akh, ok je..Lagipun, kita kan dah lama bersua muka..Kalau bersua pun, hanya mata bertentang mata..Belum sempat pun kita berborak di mana-mana restoran..Silakan!..Silakan! “, balas Jundullah menunjukkan rasa bersedia dengan soalan.
        
 
  “ Errr..Sebenarnya, kenapa akhir-akhir ini ana tengok enta lain macam yer?.Pergi usrah dah macam Chipsmore..Kejap pegi, kejap tak pegi..Apatah lagi daurah, batang hidung pun tak pernah nampak!..Nak harapkan enta ke sesi-sesi riadhah, harapan je la..Dulu ana sangat hormat enta dek keaktifan anta yang sangat ‘hyperaktif’ tu..But now, what happen?! “, tanya Ansorullah yang cuba mencungkil jawapan sebenarnya dari kenalannya itu.

Nah!, inilah antara situasi yang menunjukkan unsur-unsur keFUTURan..Istilah FUTUR?!..Ya!, itu sangat sinonim dalam kalangan para du’at..Ada yang lebih ekstremis bila melihat seorang akh/ukht yang tak pergi satu-satu program, terus cap futur..Wah!, sungguh ektrimis di situ!.....

Inilah istilah yang menunjukkan kemalasan, terputus atau terhentinya para aktivis dakwah dari kerja-kerja dakwah dan tarbiyah yang sebelum ini kerjanya itu hampir tidak kenal erti penat lelah..Ini sungguh One In A Million!.....

Dikaitkan futur ini dengan hadis iman di atas, inilah fitrah yang disebut..Tatkala iman melemah, mulalah jiwa menunjukkan ciri-ciri kefuturan…..

Tabuk kisahnya

Fenomena futur ini bukanlah suatu perkara yang baru..Bukanlah situasi yang direka-reka untuk dimuatkan dalam sejarah dakwah Islam..Tapi, inilah realiti yang pernah sering kali terjadi dalam kalangan para sahabat..Tugas kita mengambil ibrahnya!.....

 Perang Tabuk?!!!..Ya, inilah antara kisah yang memperlihatkan kepada sekalian aktivis dakwah akan kisah futur yang melanda para Sahabat!.....

Kaab bin Malik dan beberapa orang lain bertangguh dari bersiap sedia untuk berperang dan akhirnya ditinggalkan oleh rombongan tentera Islam..Sikap Kaab bin Malik ketika ini yang dikatakan 'bermudah-mudahan' dengan perintah Allah telah dianggap salah satu contoh futur yang berlaku pada zaman Rasululullah..Akhirnya sekembalinya Rasulullah dari medan perang, beliau pergi menemui Rasululullah untuk mengungkap kata maaf, namun apa yang dijawab oleh Rasulullah ketika itu? "Tunggulah sehingga Allah memberi keputusan terhadap kamu".

Rasulullah punya kaedah tarbiyahnya yang menarik sehingga benar-benar memberi pengajaran kepada Kaab bin Malik..Itulah pemulauan yang cukup-cukup menekan psikologi Kaab..Namun, hasil tarbiyah inilah yang membuatkan Kaab bin Malik kembali bertaubat dan turun untuk berjihad…..

Analisalah dan terus merawat!

Kita seharusnya cepat untuk mengesani gejala-gejala futur yang melanda..Futur ini juga boleh jadi sebuah perhiasan..Yang menghiasi para aktivis dakwah..Rasa macam ok..Tidak ada masalah..Tapi, rupanya jangka masa panjangnya menatijahkan kita jauh dari dakwah…..

Biasa yang berlaku dalam kalangan kita ialah da’ie yang melarut dalam arena jahiliyah moden, da’ie yang kurang memberi penekanan kepada tarbiyahnya, da’ie yang kurang membaca bahan membentuk fikrah, da’ie yang suka berjauhan dari jemaah, da’ie yang buat kerja dakwah tidak ikut sistem yang betul dan bermacam-macam lagi!.....

Kalau doktor, pastinya tidak akan terus bagi pesakit ubat tanpa diperiksa terlebih dahulu..Pasti doktor itu melihat dulu apa penyakit pesakitnya..Lalu, baru membuat keputusan akan ubat apakah yang akan diberi…..

Da’ie juga harus mampu merawat gejala ini!..Jangan ber’intima’ dengan futur ini!..Merbahaya!..Da’ie harus meninggalkan jahiliyah yang menjadi kebiasaan contohnya bercouple baik Islamik atau tidak walaupun tidak pernah wujud istilah couple islamik, dengar lagu yang tidak bermanfaat, merokok, tengok movie secara istiqamah baik Korea, Jepun atau seangkatan  dengannya!..Da’ie harus merasakan WAJIB dalam berkomitmen dalam dakwah..Mengutamakan tarbiyah, memantapkan bacaan fikrah, sentiasa mengikut sistem jamaah dan akhirnya menyusun kerja-kerja dengan baik di medan…..

Yang penting, berilah perhatian kepada ruhiyyah kita..Hubungan kita dengan Allah..Sentiasalah berhubungan dengannya..Kelak Allah itu akan sentiasa berhubungan dengan kita dikala susah atau senang..Didalam semangat atau lemahnya kita…..

“Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Rabb-mu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan. Dia lah Tuhan yang Menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu.” (Al-Muzzammil:8-9)

Sambut aku, sahabat!

Tatkala merasa futur menjengah, saat itu ikhwah/ sahabat dan teman seperjuangan berperanan!..Bilamana terasa lemah, cepatlah mencari ikhwah untuk berkongsi masalah..Mencari murabbi untuk bercurahan hati…..
Sahabat yang mencintai sahabatnya kerana dakwah, sudah pasti tidak sanggup melihat kefuturan melanda sahabatnya..Biarlah kecintaan ini menjadi bukti bahawa kita saling berpegang tangan dengan erat dan rapi untuk sama-sama gagahi jalan ke syurga!.....

Ikhwah!, jadilah pemangking kepada ikhwahmu yang lain!..Inilah bukti cinta kita kepada Dakwah dan Tarbiyah kerana Allah!..Allahu Akbar!!!

Motivasikan jiwamu!
            
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga,(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-            Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (Al-Taubah:111)
 muslimdaie90_Ardhillah

Ulasan