:: Amanah Yang Tidak Tertunai ::

Nikmat Allah..Syukurilah!


Allahu Rabbi...

Sungguh berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan semacam nikmat yang saaaaaaangat banyak..Hingga terkadang sukar untuk digambarkan apatah lagi untuk menungkap pada sebuah kata-kata seorang hamba..Itulah NIKMAT!. Hendak berbicara soal nikmat Allah, entah berapa lama akan berakhir.....

Allah menulis dalam surat cintanya..Dalam Surah Ibrahim ayat 34 :-
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni'mat Allah).

Teringat juga Rasulullah pernah bersabda :-
Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan sesiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah 
Kita sering menyaksi dan merasai nikmat Allah itu..Tapi, jarang sangat mensyukurinya!...

Jika ditanyakan kepada manusia di atas muka bumi ini adakah anda Islam?. Sudah pasti mereka menjawab dengan yakin dan pastinya, YA!!..Saya Islam!.....

Apa itu Islam?..Tunduk, patuh, taat dan menyerah diri pada Allah..Laksanakan apa yang disuruh Allah..Tinggalkan apa yang dilarang..Namun, tidak semua mentaatinya..Malah, yang mudah adalah mengingkarinya..Inikah kita?..Adakah kita layak merasai nikmatnya syurga Allah seandainya kita sukar untuk mengikuti aturan Allah?..Fikir-fikirkanlah.....

Apabila kita memuhasabah, adakah ini benar-benar Islam ataupun cukup sekadar nama kita di dalam kad pengenalan terpampang bin atau binti?..Di manakah nilai kita sebagai seorang Islam?.....

Boleh dianalogikan..Jika kita kata kita ini kuat dan gagah, apa buktinya?..Kita perlulah mengangkat batu besar ataupun menolak pokok sehingga jatuh..Persis cerita Badang yang menjadi kuat setelah memakan muntah raksasa yang memakan ikan yang diperangkapnya..Itulah kisah cerita rakyat..Cerita dongeng mungkin yang sudah agak lama tidak disiarkan di kaca televisyen.....

Jadi, persoalan itu seharusnya dikembalikan kepada KITA!..Adakah kita ini benar-benar Islam?..Apa buktinya ya?.Ya!..Seharusnya kita perlu membuktikannya..Malunya kita jika berhadapan dengan Allah kelak, jika dihisab amal kita kelak, tidak ada apa yang kita ingin tunjukkan kepada Allah..Malunya kita!..Benarkah KITA layak meraih syurgaNya andai keislaman kita ini masih belum dibuktikan!....

Cuba fahami kisah dibawah ini :-
Seorang ahli fiqh dari para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah meriwayatkan bahawa ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di pinggir bandar, beribadah di sana. Berita itu telah sampai ke pengetahuan Abdullah bin Mas’ud r.a. lalu dia pun datang berjumpa mereka. Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.
Tiba-tiba Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”
Mereka berkata: “Kami ingin lari dari hingar bingar kelam kelibut orang ramai untuk beribadat.”
Lalu kata Abdullah bin Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat, siapakah yang akan memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah kamu pulang.”
Sudahkah anda fahami kisah ini?..Kisah ini secara mudahnya menceritakan bahawa sekumpulan lelaki yang lari dari masalah yang melanda masyarakat dengan pergi ke tempat-tempat yang terpencil dan jauh dari masalah tersebut..Lalu Ibnu Mas'ud tampil untuk membetulkan sekumpulan lelaki tersebut supaya pulang ke tempat asal dan mengubah masyarakat sekeliling!.....

Fahamilah tanggungjawab kita!..Kita WAJIB laksanakan tanggungjawab IBADAH dan KHALIFAH..Ramai manusia yang beribadah..Alhamdulillah, kira selesai satu tanggungjawab..Cuma ada satu lagi tanggungjawab yang kian dilupakan..Mungkin ada yang tahu tapi berkeputusan untuk tidak melaksanakannya dek kerana amanah itu terlalu berat..Itulah KHALIFAH..Menjadi khalifah kepada yang lainnya.....

Sudah faham?..Seandainya tidak faham, cubalah faham!..Kalau kita boleh memahami pelajaran akademik, mengapa tidak pelajaran agama Allah?..Mudah je kan?.....

Ya, kita boleh mengemukakan alasan..Apa-apa jua alasan..Alasan yang mungkin kukuh buat kita untuk menolak kenyataan bahawa kita juga WAJIB berdakwah.....

Apa maksud KHALIFAH?..Ya!, persepsi masyarakat kini adalah khalifah itu adalah pemimpin negara yang punya kuasa..Teringat satu sesi halaqah terakhir bersama adik-adik diploma perikanan.....

Saya bertanyakan kepada mereka :-
Saya : JOM!, kita tadabbur surat cinta Allah..Rugilah kalau Allah turunkan Al-Quran kalau kita tak ikut..Sebab tu Allah tak turunkan saje-saje Quran ni..Allah nak suruh kita hayati then beramal dengan Al-Quran itu..Itu pun salah satu ciri orang yang bertaqwa..Cuba korang semua bukak Surah Al-Baqarah ayat 30..Abang baca maksud, nanti abang nak tanya sorang-sorang apa yang adik-adik dapat dari ayat ini.~~~~~~.Jadi apa yang dapat dari ayat tu???...
Adik-adik : Allah nak ciptakan khalifah atas muka bumi ini..
Saya : Siapa khalifah itu?..Datuk Seri Najib ke?..Datuk Seri Anwar Ibrahim ke?..Or pemimpin-pemimpin negara...
Adik-adik : Orang yang ada kuasa lah..Mereka kena tegakkan syariat Islam kat muka bumi ni..Orang yang boleh gubal undang-undang untuk mengikut ajaran Islam...
Saya : Owh, camtu plak?..Jadinyer, ayat ni tak leh di aplikasikan untuk kita lah yer?..Jadi, ayat ni tertolak untuk kita dan kita bukan khalifah lah yer..Ke macam mane??..(mood: provokasi untuk berfikir)
 Adik-adik : (Lama berfikir) Owh, ye..Kita semua adalah khalifah!..Kita semua kena sampaikan ajaran Allah...
Saya : Ya!, betul dah tu..Nanti abang eksplainkan..=)
Itulah antara persepsi masyarakat diluar sana..mungkin mereka tersalah faham..Itu tidak mengapa lagi..Lagi teruk kalau kita saja-saja buat tak faham..Menggunakan ayat tadi untuk lari dari tanggungjawab..Kalau dalam arena politik, ibarat orang yang suka 'spin' isu lah.....

Dalam hal menyampaikan dakwah, sepertimana Allah mewajibkan Rasulnya menyampaikan dakwah, sama juga seperti kita..Tidak ada alasan untuk tidak laksanakan dakwah yang mulia ini.....

Jalan Dakwah

Tugas itu tugas semua   

 Nak jadi umat yang terbaik?..Sebaik-baik umat??.WAJIB kita dakwah..Nak masuk syurga?..Pun kena dakwah.....
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik..[Ali-Imran: 110]
Tahukah anda, ustaz-ustaz yang di Malaysia sudah ramai kan?..Tetapi kenapa masyarakat masih bermasalah?..Kerana itulah kita kena hadir di tengah-tengah masyarakat untuk membetulkan masyarakat..Kita perlu mengembalikan masyarakat kepada Ad-deen yang sebenar..Memberi kefahaman yang benar kepada mereka..Sehingga mereka menjadikan Islam itu Is The Way Of Life.....

"Saya takde ilmu la..Saya bukan sekolah agama, macam tak layak je nak cakap pasal Islam kat orang..Malas lah nak dakwah..Sekarang ni nak cakap pasal Islam, bukan boleh main cakap je, kena ade tauliah..Mahu kena saman nanti..."
Huh!, bermacam alasan lagi didengari..Allahu Akbar!..Seandainya umat Islam ini dipenuhi oleh umat yang beralasan, maka Islam bukan lagi agama contoh kepada agama yang lain..

Ya!, atas sebab masalah umat yang berlaku inilah kita harus bangkit mengislah masyarakat..Kini bukan masa untuk beralasan..Cuba dahulu..Usah terlalu awal melabel diri tidak mampu..Siapa lagi yang akan sebarkan risalah ini kalau bukan dari tenaga kita?..Kalau kita masih beralasan untuk berdakwah, menjawablah depan Allah kelak.....

Let's follow Sunnatullah

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…” 

Syakib Arsalan ketika ditanya tentang usaha menegakkan kembali khilafah Islam berkata,

Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:

“Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah; iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”
Kata-kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid dan As-syekh Syakib Arsalan ini jelas menunjukkan perkaitannya..Ramai yang tertanya, macam mana nak TARBIYAH INDIVIDU ini?..Adakah metod atau medium yang kita boleh guna?..Yang dikira berkesan untuk abad ini?.....

Maka, kita perlu melihat kepada sejarah..Bukan sejarah Melayu atau Kepahlawanan Melaka, Parameswara..Apatah lagi, sejarah Malaysia..Tapi, apa yang kita perlu fokus dan mengkaji adalah sirah Junjungan besar, Rasulullah S.A.W itu sendiri.....

Rasulullah bina sahabat-sahabat baginda yang hebat lagi berpotensi di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam..Secara kelompok-kelompok kecil..Rasulullah membasahkan jiwa sahabat baginda dengan ruh iman dan taqwa..Dan sumbernya adalah Al-Quran Al-Kareem..Saat itu dipanggil halaqah..Perkataan usrah tidak bermula lagi kerana perkataan USRAH itu mula diperkenalkan oleh mujaddid Islam iaitu As-Syahid Hasan Al-Banna..Yang telah menyusun sistem usrah dengan begitu sistematik.....

JOM!, Sama-sama kita betulkan masyarakat ini dengan kefahaman..Tapi, ingat!..Bukan kefahaman melalui siri-siri doktrin tapi kefahaman melalui siri-siri tarbiyah..Kerana kefahaman melalui tarbiyah itu adalah lebih terjamin dan lebih membuka minda para pencinta agama Allah..Usah jemu mengislah umat..Kerana, Allah pasti menghadiahkan kamu dengan satu perkara yang kamu tidak akan sangka-sangka..Itulah ganjaran menegakkan agama Allah......

" Islah Nafsak, Wad'u Ghairak (Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain) "

muslimdaie90_KwanTan

Ulasan