Catatan

Di Bawah Teduhan MITSAQAN GHALIZA

Imej
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar. Genap sebulan sejak saat itu. Detik itu. Tidak tergambar perasaan aku pada saat itu. Bercampur baur perasaan. Ya, mungkin itulah perasaan kita semua tatkala saat yang kita nanti-nantikan setelah sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Syukur aku panjatkan pada Allah atas nikmat ini. Nikmat yang dinanti setiap jiwa seorang lelaki. Nikmat ingin memiliki seorang peneman hidup yang setia. Nikmat penyatuan dua jiwa, dua sifat dan dua jarak yang berbeza agar menjadi satu. Tidak aku nafikan, sudah lama aku ingin menikah. Jika seingat aku, semasa tahun 3 di universiti lagi aku telah pun memasang niat yang aku ingin menikah seusai pengajian. Melihat kawan-kawan kahwin muda, mula lah aku pun nak ikut juga jejak langkah mereka. Nak juga membina masjid di awal usia muda. Ini bukan menggatal!, tapi serius. Namun, aku hanya mampu merancang dan meletakkan secebis hasrat. Kerana aku tahu, akhirnya Allah tahu mana yang terbaik untuk aku dalam

Cinta dan Kasih Yang Pudar 2

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah. Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada aku segenap nikmatNYA. Udara yang berada disekeliling, aku menghirupnya tanpa perlu aku bayar. Nikmat pancaindera yang sihat, diberi dengan percuma. Benar, betapa Pemurahnya Allah kepada kita. Rasa lama juga aku tak menulis. Bukan sebab malas ke apa. Tapi sejak ada Facebook ni, segala tulisan aku, banyak aku campak ke sana. Tak sempat nak campak ke sini. Ya lah. Zaman kan berubah. Teknologi semakin canggih. Banyak bahan bacaan manusia sudah mula terfokus ke Facebook. Tak main dah blog-blog ni. Takpe lah. Kita raikan. Petang-petang begini, saja ambil masa buat #terobek kat tulisan-tulisan aku dulu. Baru aku tahu, tahun 2010, tahun yang paling banyak aku menulis. Ada 45 tulisan sepanjang tahun tu. Hebat!. Entah apa yang aku tulis waktu tu. Zaman tak matang lagi tu. Dalam banyak-banyak posting tu, aku terpanggil untuk buat sambungan pada tulisan aku yang bertajuk “ Cin

::Jarak Cinta Ini::

Imej
Entah mengapa inilah waktu yang aku nantikan. Waktu agar Tuhan memberi aku ruang untuk aku contengkan sesuatu dalam blog aku ini. Aku memang jenis suka update status di laman Facebookku. Hampir setiap hari aku update dengan harapan ada manfaat buat teman-teman aku di luar sana. Moga Allah sentuh hati mereka dengan coretanku di Facebook sana. Blog?. Laman yang sudah jarang orang guna. Semakin dilupakan sejak si Mark Zuckerberg ni buat Facebook. Siap ada kawan aku tak main langsung Facebook sebab dia kata Facebook ni orang Yahudi buat. Memang anti-betul dia. Tapi, pandangan aku lain pula. Aku lebih suka ambil manfaat ini untuk aku berdakwah. Itu ruangnya memandangkan hampir seluruh Malaysia dan seluruh dunia main FB, why not kita ambil ruang itu untuk dakwah kan?. Ada sahamnya jugak. Adoiii, bukan ini yang ingin aku persembahkan sebenarnya. Kan dah lari fokus tu!. Aku memang begini. Sekali dah mula menulis, kadang-kadang lupa pulak apa hadaf (baca:objektif) utama. Inilah