:: Nak berubah, perlukan hidayah! ::


Sinar itu???


              Merokok kepada tak merokok..Berseluar pendek kepada berseluar panjang..Tudung pendek kepada tudung labuh..Bercouple kepada tak bercouple..Baju ketat kepada baju longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh..Tak berjemaah di masjid/surau kepada istiqamah jemaah masjid surau..Hidup cara jahiliyah kepada hidup cara Islam sebenar..Anti-usrah kepada pencinta usrah..Tak ikut tarbiyah kepada ikut tarbiyah..Benci dakwah kepada jatuh hati akan dakwah!..Tak jaga mutaba’ah amal kepada menjaga mutaba’ah amal.....

Pernah melihat situasi ini?..Amat yakin, sudah pasti pernah kan?!.....

Inilah situasi yang berlaku tatkala seorang hamba Allah memperoleh hidayah dari Allah..Sang Pencipta..Bersyukurlah duhai hamba!.....

Kita pasti akan cepat menyedari hakikat ini, terutamanya bila ada rakan/ sahabat dan taulan kita mula memperoleh hidayah..Mula dapat petunjuk dari Allah..Lagi terasa apabila sahabat baik kita sendiri yang dapat hidayah..Untungnya dia!.....

Apabila kita melihat situasi ini berlaku, maka terus ucapkan,…..

 “ Tahniah!..Alhamdulillah!..Syukur pada Allah kerana telah mengubah si dia! “…..

 Ucapan ini bukan hanya perlu diucapkan kepada sahabat yang sudah punya hidayah, tetapi juga orang yang di sekeliling kita yang sudah mula menzahirkan hidayah itu..Ringankan mulutmu untuk mengucap kata yang baik-baik!..Moga kata itu menjadi doa kita yang paling ikhlas!.....

Hidayah itu mengubah!

            “ Abang, maaf ganggu, saya dah lama nak cakap perkara ni, tapi rasa berat je..Tapi, sekarang, saya nak luah semua..Saya harap, abang boleh bantu saya..Saya nak abang bimbing saya menuju Allah, boleh?.Saya nak join abang..Saya betul nak berubah..Banyak dah dosa ni..Jahiliyah tu dah macam makanan saya..Tiap malam saya menangis terkenangkan dosa lampau..Abang tolong saya yer..Tolong sangat-sangat! “

            “ Kak limah, saya nak berubah!..Akak tolong ubah saya!..Saya nak join usrah..Saya nak join aktiviti2 Islamik..Akak jangan terkejut kalau saya cakap saya ni dah lebih “advance”..Bukan setakat bercouple, tapi banyak benda yang saya dah buat..Saya tak nak menghadap Allah dalam keadaan kotor!..Saya merayu kak! “

Tahniah!..Tahniah!..dan Tahniah!.....

Kerana apa?..Semestinya kerana anda telah berjaya!..Berjaya apa?..Berjaya untuk berubah ke arah yang lebih baik!.....

Itulah hebatnya Allah..Apabila hidayah itu tiba kepada hambaNya, maka saat itu jiwa sang hamba itu disentuh dengan halus sekali..Berseni!..Sehingga terkadang kita mencari punca dari mana datangnya hidayah yang seni itu, yang tidak ketemu jua..Itulah Allah!..Tuhan  sekalian alam!.....

Kita pasti akan lalai dengan dosa dan noda seandainya hidayah Allah tidak datang kepada kita..Kerana ketiadaan hidayah Allah ini, kita tidak punya keinginan yang kuat sekali untuk berubah!..Hidayah itu hebat!..Perlu diketahui!, hidayah itu tidak datang bergolek tapi untuk memperolehinya perlu berusaha!..Bukan usaha on-off, on-off, tapi usaha yang istiqamah..Berterusan dan bertingkat!.....

Mungkin kita pernah dengar dialog ini kan:-

            “ Uish bro, cuba tengok dia tu..Dah la pakaian punya la teruk..Bercouple pegang tangan plak tu..Ni kompem masuk neraka ni “, kata Ismail kepada sahabatnya Amin yang menjadi saksi akan dua belangkas yang sedang berkepit

            “ Jangan menghukum syekh..Mungkin hidayah Allah tak sampai lagi kat diorang tu..That’s why jadi macam tu..ingat, kita bukan penghukum yer..Tapi, kita ni lah pendakwah! “ balas Amin dengan begitu lembut lagi yakin!

Berdoalah, agar hidayah Allah itu sentiasa bersama kita dalam setiap tindakan kita!.....

Sabdanya Junjungan Besar, Rasulullah yang dicintai :-

 “ Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.(Riwayat At-Tarmizi)

Nak berubah kenalah mujahadah dan berkorban!

 " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(Al-Ankabut: 69)

 Ya!, ayat ini cukup menjadi motivasi kepada kita!..Jika seandainya kita ini bersungguh untuk berubah, menuju Allah, itu sudah pasti!, Allah akan membantu kita..Allah pasti memberi kita kekuatan hidayah untuk mempermudahkan proses kita untuk berubah!..Yakin3x!!!.....

Hidayah itu tidak akan sampai,jika anda, duduk sembang-sembang (DS2) di kedai kopi atau depan TV, sambil minum air tea O arab yang diisi buah pelaga dan bunga cengkih..Hidayah itu juga tidak akan sampai seandainya anda pelaku dosa yang sangat-sangat komited dengan dosanya seperti pelanggan tetap!.....

           “ Wah, lepas aku tengok ceramah Ustaz Don dalam TV, aku rasa dah dapat dah hidayah tu..Terima kasih Allah! “

Subhanallah!, beruntunglah!..Mungkin si dia ini pun sedang bermujahadah tengok Ustaz Don dan dalam masa yang sama ada cerita kegemarannya..Ya!, juga kena mujahadah..Mungkin situasi ini jarang sangat berlaku..Namun, kuncinya, ia tetap perlu dicari yang namanya hidayah itu…..

Jom tadabbur sikit firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 56:-

 “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”

 Ibnu katsir juga telah mentafsirkan ayat ini :-

  “Allah mengetahui siapa saja dari hambanya yang layak mendapatkan hidayah, dan siapa saja yang tidak pantas mendapatkannya”

 Nak berubah, kena kuat..Kena lawan hawa nafsu!..Kena mujahadah!..Apatah lagi kena berkorban semata-mata nak kejar hidayah yang sedang berterbangan pergi…..

Golongan mana kita?!

 “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al-Hujurat: 13)


Ayat ini menceritakan Allah ciptakan manusia itu bermacam-macam bangsa, suku dan puak..Dengan itu, kita kena saling berkenalan!..Allah ciptakan juga manusia dengan pelbagai ragam dan perangainya..Apalah salahnya kita cuba memahami gelagat manusia..Gelagat manusia yang pelbagai ini juga merupakan tarbiyah dari Allah..Ada amanah yang menanti di sebalik perkenalan itu!.....

Golongan manusia dalam mendepani masyarakat yang ingin berubah :-

1)  Individu yang sangat suka dengan perubahan kita dan menyokong malah membantu untuk kita berubah
2)  Individu yang suka kita berubah tapi tidak membantu kita untuk berubah lebih baik
3)  Individu yang tidak suka dengan perubahan kita dan ditambah dengan menyindir, mengejek dan bercakap belakang..Tidak membantu langsung!
4)  Individu yang tidak suka kita berubah tapi tak terbawa-bawa kepada umpatan sehingga memalukan kita

Rasanya kita golongan mana ya bila berhadapan dengan individu yang ingin berubah?..1,2,3,4??..Sama-samalah mengkategorikan diri-sendiri..Refleksi3x!!!^_^.....

Jadilah individu yang terbaik!..Golongan yang 1..Kalau tak boleh nak bantu, paling kurang 2..Tapi jangan sekali-kali jadi golongan 3 dan 4..Maknanya, kita sendiri yang tak suka kepada hidayah Allah itu!.....

 “ Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)


Itu kan sebuah “proses”

Perubahan itu seharusnya beransur-ansur..Drastik juga terkadang berlaku tapi jarang-jarang..Ada juga yang berubah drastik, dan akhirnya kembali semula kepada kejahilan..Terlalu “excited state” agaknya..Biarlah ia berlaku secara natural..Beransur-ansur..Itulah fitrahnya..Fitrah manusia itu suka akan kebaikan..Beransur-ansurlah dalam mengislah!..Memperbaiki diri!.....

Input > Process > Output

Mungkin boleh di”flow”kan sebegini..Berubah ke arah yang lebih baik, itulah output kita..Jadi, untuk mendapatkan output yang baik, kita seharusnya memastikan input dan proses yang berlaku juga baik!..Inputnya adalah IMAN..Prosesnya adalah TARBIYAH..Output pula adalah AMAL dan AKHLAK..Perubahan itu seharusnya dari dalam ke luar..Ini juga adalah metod yang Rasulullah gunakan untuk mengubah para sahabat yang terawal!..Allahu akbar!.....

Analogi mudah, untuk membancuh air bandung yang sedap dan lemak berkrim seharusnya dipastikan input dan prosesnya yang betul..Perlu sediakan air panas/sejuk, tuangkan sedikit sirap ros..Kemudian masukkan susu pekat manis F&N dan kacau..Seusai itu letakkan ais batu..Dan rasailah kesedapannya dan kesegarannya!!!.....

Sebaliknya kita mengubah bancuhannya, daripada susu digantikan dengan air kapur dan gula..Warnanya tetap sama, tapi outputnya berbeza..Tidak lagi sedap seperti yang digembar-gemburkan oleh peminat bandung sedunia.....

Oleh itu, input dan proses itu memainkan peranan yang sangat penting!..Ya!, sangat penting!.....

Perolehi hidayah itu!

Jika ditanya, siapa yang tidak mahu petunjuk dari Allah?!..Pasti tidak ada seorang pun yang kata tidak..Kerana petunjuk dari Allah itu sangat bermakna buat kehidupan seorang hamba!..Mana mungkin hidayah itu akan tiba buat kali kedua setelah kali pertama hadir lalu kita menolaknya!..Usah menjadi orang yang tidak bersyukur!.....

Perolehilah hidayah itu!!!.....

Bagaimana ya?!.....

Ya!..Kita perlu berusaha!..Perlunya seorang hamba itu mentauhidkan Allah..Menolak segala bentuk kepercayaan selain Allah..Kepercayaan yang melebihi kepercayaan kepada Allah!..Bertaubatlah kepada Allah akan dosa-dosa yang telah lalu..Setiap anak Adam itu pasti berbuat dosa..Yang terbaik adalah yang bertaubat kepada Allah!..Jangan lupa juga untuk mentadabbur Al-Quran..Hayati setiap ayat di dalamnya..Ada hikmah yang tersembunyi!..Melahirkan lagi rasa cinta kita kepada Allah..Juga mengharap hidayah dariNya.....

Dan, tak lupa juga, bergaullah dengan orang yang baik-baik..Jangan biar orang yang bentuk suasana hidup kita tapi kitalah yang seharusnya membentuk suasana itu..Posisikan diri dalam kelompok yang baik!..Bergaul dengan sahabat-sahabat yang menyertai halaqah usrah..Sahabat yang akhlaknya baik..Sahabat yang sentiasa memberi nasihat..Sahabat yang sangat komit dengan kerja dakwah dan tarbiyahnya..Sahabat yang kita lihat dia, kita ingat Allah..Dan yang penting, sahabat yang membawa kita menuju redha Allah, bukan sahabat yang membawa kita merasai azab neraka!......

Dalam bab bersahabat, Rasulullah pernah juga bersabda :-

 “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Riwayat Abu Daud)


Mujahadahlah sahabat!..Nak berubah kena kuat..Kena kuat dalam dan luar..Berubah itu harus dipaksikan kepada Allah!..Rabbani!..Istiqamahlah!..Biarlah beransur-ansur..Jangan gopoh dalam nak berubah!..Biarlah sedikit demi sedikit...Niat yang baik, insya-Allah, pasti akan mendapat pertolongan Allah!..Moga sama-sama dapat merasai indahnya Islam dan melakukan perubahan pada diri!..Biiznillah!!!..Allahumma ameen~~~

muslimdaie90_P.Badaki

Ulasan