:: Ketahuilah hakikat ini Sang DA'IE ::

Jalan yang penuh Ranjau

Pernahkah anda terfikir tentang dakwah?..Ataupun kita hanya menutup mata dan memekakkan telinga dengan seruan itu?!..Adakah kita ingin menyerupai kaum kafir yang tidak mengambil endah akan seruan ini?.....
Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalamtelinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat.[Nuh: 7]
 Allahu Rabbi..Muhasabahlah!..Jika masih belum menunaikan tanggungjawab ini..Laksanakanlah ia!..Kerana ia bukan arahan dari manusia tapi arahan dari Pencipta kepada manusia.....

Dakwah ini memang berat!..Lebih berat apabila boleh jadi orang yang melaksanakan dakwah ini pasti akan kehilangan kawan, akan dijauhi dan akan menjadi bahan cakap dibelakang.....

Dengan ujian itu, tak semua yang boleh terima hakikat itu..Tak semua yang mampu untuk menghadapinya..Kerana pada kebiasaan, sang daie ini akan melalui fasa jahiliyah terlebih dahulu sebelum bertemu dengan hidayah dari Allah..Saat jahiliyah dulu, kita ramai kawan2 yang tersangatlah luarbiasa ukhuwahnya..Sampai boleh bertepuk tampar dan bergelak ketawa tanpa ada yang berasa hati..Kerana apa?.Kerana masing2 sudah saling memahami perangai.....

Tapi, pernahkah kita terfikir dan melalui saat, ketika dan detik apabila kita ingin berubah lalu melompat-lompat untuk menyampaikan risalah ini?..Anda semestinya saat itu terlalu excited kerana sudah mula FAHAM akan tujuan hidup.....

Secara automatiknya, kita akan jadi seorang yang asing(Ghuraba') setelah kita benar-benar ingin menginfaqkan diri dalam gerabak dakwah ini..Orang akan mula menjauh..Akan mula ada 'gap' antara kawan2 yang dahulunya rapat, boleh jadi dia mula merasa tidak selesa dengan usaha kita?.Janganlah bersedih..Itulah cabarannya!.....

Dakwah itu suci, Daie perlu suci

Islam itu hadir dengan kasih-sayang..Sama juga erti dakwah yang perlu hadir dalam bentuk yang suci.....

Aku pernah bertanya kepada seorang adik yang baru mula ingin mengenali dunia dakwah :-
" Kenapa kita berdakwah yer?..Tak perlu dakwah takpe sebab kita ni bukan belajar agama pun, kita kan blajar sains "..Aku cuba menduga adik itu dengan niat untuk membaca pemikirannya 
 " Yela bang..Kita berdakwah sebab nak sampaikan Islam lah..Kan dalam Quran pun Allah suruh kita suruh kepada yang ma'ruf dan tegah yang mungkar..Jadi, no wonder la kita kena dakwah..Tak cakap pulak kita kena amik jurusan agama baru boleh berdakwah", jawab adik yang kelihatan skema responsnya
Alhamdulillah.....

Soalan2 sebegitu sudah biasa dilontarkan..Bukan kerana nak berlagak dan merendah-rendahkan ilmu orang lain, tapi ingin membuat koreksi dan menganalisa jawapan yang diberikan..Kerana, untuk berdakwah, si penyampai dakwah itu sendiri perlu jelas kenapa perlu berdakwah.....

Ketahuilah sahabat,

Dakwah itu suatu yang suci..Dakwah yang suci inilah yang perlu kita sampaikan kepada jiwa-jiwa manusia yang kini sedang tenat dan kontang!..Kesucian dakwah ini sangat sensitif..Ia tidak akan menjadi suci apabila bercampur dengan perkara-perkara yang boleh menggugat kesucian dakwah!.....

Ingatlah!, kita mahukan hati-hati yang suci untuk menyampaikan risalah yang suci ini!.....

Bagaimana nak memastikan kesucian itu?..Ia bermula dengan seseorang yang bergelar DAIE Si Pendakwah!.....

Daie Berjahiliyah

Pasti kita sering melihat ramai daie yang hebat!..Daie yang apabila memberi pengisian dan mengisi siri-siri daurah, fuh!..sungguh bersemangat!.....

Pasti kita juga melihat, daie yang hebat membawa halaqah usrah..Follow-up mutarabbi/adik usrah..Menjaga mutabaahnya..Itu patut dikagumi!.....

Pasti kita pandang hebat kepada daie yang "gila2" dalam kerja-kerja mengumpulkan orang yang ingin didakwahinya.....

Tapi, malangnya!..Dalam sedar tak sedar, daie yang hebat dan dikagumi itu bergelumang dalam jahiliyah..Kadang-kala daie sendiri tidak sedar yang dia sedang berada dalam kandang jahiliyah!..Bukan lagi kandang mengabdikan diri kepada Allah!..Lebih teruk lagi apabila ada daie yang cuba "menghalalkan" jahiliyah dek kerana dia menjadi salah seorang pelaku jahiliyah tersebut.....

Daie harus menjaga hati..Hatinya harus suci terlebih dahulu untuk menyampaikan dakwah yang suci ini..Ada yang berkata,"Hidayah milik Allah, kita sampaikan je..Hasil tu Allah yang tentukan!"..Wah!, senang lenangnya kita menggunakan dalil itu.....

Harus persoalkan diri kita, sejauh mana persiapan kita untuk menyentuh hati orang yang ingin kita dakwahkan?.Sejauh mana hubungan kita dengan Allah?.Adakah hati kita telah disucikan dengan sifat-sifat mahmudah dan amalan-amalan yang mendekatkan kita dengan Allah?..Dan adakah KITA sudah benar2 bersedia untuk menyampaikan risalah ini?.....

Daienita

Ya!..Pelik kan istilah itu??.Itu istilah yang sengaja aku reka..Inilah rupa ujian buat sang daie.....

Daie dan Wanita!.....

Itulah fenomena yang berlaku..Ujian ini terlalu berat buat sang daie..Aku akui, daie memang jiwanya lembut..Kerana jiwa sang daie ini telah melalui proses-proses tarbiyah yang agak lama.....

Tapi, kenapa daie tidak mampu menghadapi ujian dari seorang perempuan?..Daie perlu memahami jiwa seorang perempuan..Memang mereka ini ingin sekali dibimbing!..Sampaikan satu tahap, dek kerana mereka mengagumi dakwah kita, boleh jadi mereka tanpa segan silu menyatakan hasrat untuk menjadi daie itu sebagai teman hidup!..Itu sangat dramatis!.....

Daie perlu sedar dan celikkan mata..Janganlah terlalu caring dengan makhluk Allah yang namanya WANITA..Kerana, boleh jadi dia akan menatijahkan sesuatu yang tidak baik..Pada mulanya, niat kerana Allah..Tapi, dalam sedar tak sedar, rupanya ke'caring'an kita itu menyebabkan kita jauh dari keberkatan Allah!..Bukan bermakna kita pinggirkan mereka, tapi ada yang lebih layak untuk menjaga mereka iaitu yang sesama jantina.....

Boleh jadi, dek kerana hilangnya barakah dari Allah itu menyebabkan semangat kita dalam dakwah ini semakin meluntur..Mengikis kefahaman..Kita fikir kita hebat dah, tapi dalam masa yang sama, masih banyak lagi jahiliyah yang menjadi 'sumber makanan' buat daie ini.....

Dakwahilah jiwa diluar sana kerana Allah..Sebarkanlah kecintaan fikrah ini..Letakkan niat yang satu kepada Yang Maha Esa..InsyaAllah, kekuatan yang sebenar akan datang dariNya..Cintailah umat ini!..Kerana, jika benar-benar cinta, pasti kita mengimpikan untuk bertemu semula di SyurgaNya......

Kuatkan langkah kami buat para du'at,Ya Allah..Sucikan hati kami..Moga ini menjadi pesanan buat diriku dan diri kalian..Biiznillah!(^_^)

muslimdaie90_PBM

Ulasan