~ USRAH DISEBALIK KEPILUAN ITU ~




Alhamdulillah…masih diberi keizinan oleh Allah untuk terus merasai nikmatnya hidup dibawah lindungan Allah..juga merasai kemanisan nikmat Iman dan Islam..

Terasa serba salah dibuatnya kerana sudah agak lama tidak aku menemukan jari-jemari aku ini dengan ‘keyboard’ ini buat jangka masa yang lama…

Aku akui bahawa berada dalam jalan tarbiyah ini memang manis..suatu yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata mahupun ungkapan-ungkapan indah untuk menzahirkan kemanisan tarbiyah..melainkan hanya yang berada di dalam takungan tarbiyah sahaja yang bisa untuk merasainya..lagi-lagi bila sekali setiap minggu akan diadakan usrah di rumah murabbiku…

Pada hari Ahad kebiasaannya aku akan ber’bulatan gembira’ di rumah murabbi..Hari itu juga aku ada kelas pada sebelah malam dari jam 8 – 9, menyebabkan aku hadir ke usrah agak kelewatan sedikit..Pada 4/ 3/ 2012 iaitu hari Ahad, hari yang agak sibuk masa tu kerana penuh dengan tugasan dunia menyebabkan aku pulang lewat dari rumah sewa yang aku menganggap rumah itulah yang sedikit sebanyak mendidik diriku menjadi seorang individu muslim dalam usaha memenuhi muwasofat2 tarbiyah yang ada..aku menggelar rumah itu sebagai Rumah Islami( RI )…

Aku pulang ke rumah agak lewat..hampir saja masuk waktu maghrib..bergegas dari kampus untuk pulang ke rumah kerana lepas maghrib perlu bersiap untuk hadir usrah di rumah murabbiku..berdekatan dengan padang golf di Airport Tok Jembal..subhanallah!, keseronokan berusrah itu menyebabkan aku terus berusaha untuk berkomitmen akan usrah..setibanya di rumah, belum sempat untuk pergi ke rumah murabbiku, tiba-tiba kedengaran bunyi panggilan telefon seorang ikhwah( IS) yang tinggal bersama kami di RI..kebetulan aku juga berada di bilik IS pada ketika itu..rupanya panggilan telefon IS tu ialah panggilan dari murabbi kami yang kami kenalinya sebagai pakcik S..kelihatannya muka akh IS tiba-tiba berubah..aku kebingungan melihat gelagat akh IS ketika itu kerana dahinya yang berkerut kuat..bermacam sangkaan bermain di minda ketika itu…

Lalu, panggilan telefon itu diletakkan..ketika itu juga ada ikhwah2 yg lain di dalam bilik tersebut, akhi SCN, AA, IrM..akh IdM ketika itu sedang berada dibiliknya di belakang bersiap untuk ke usrah..ikhwah masing-masing dalam kebingungan..lalu akh IS memberitahu,…

Akh IS: “ ikhwah!,..ana terima call dari pakcik S..pakcik gitau akh IK kemalangan di Merchang!..dia sekarang dalam ambulans dan on the way ke Hospital Sultanah Nur Zahirah..sekarang ni antum siap cepat!..kita pergi ke rumah pakcik sekarang!..sampai nanti kita bincang macam mana nak bergerak ke hospital!..

Akh SCN: akh IA!, enta call AH dan UHS sekarang!..minta diorang call akh MNL ipg untuk gerak sekali ke hospital!...

Suasana menjadi pilu serta-merta..masing-masing menjadi kelam-kabut...

          Sebelum kami bergerak ke rumah pakcik, kami solat maghrib berjemaah di RI dan seusai solat maghrib, akh AA meminta aku mengimami solat hajat untuk akh IK supaya diberi kesembuhan oleh Allah..mendengar saja berita itu, aku seakan-akan hampir tidak percaya..sejujurnya, fikiranku ketika itu  tidak lagi seperti kebiasaan..air mata juga memujukku supaya aku membenarkan mereka untuk melintasi ruang pipiku namun aku tidak benarkan!..aku gagahi!..aku tiba-tiba menjadi senyap..sekadar ikut rentak ikhwah yang lain..seperti tiada arah tujuan..aku hanya bermonolog dalam hati, “benarkah apa yang aku dengari ini?..ya Allah, kenapa perkara ini bisa terjadi dekat dengan aku?”..aku seakan-akan mempersoal apa yang Allah tentukan..Astaghfirullah!..kenapa aku begini?!!!..hatiku terus berdoa tanpa henti..ya Allah, selamatkanlah dia..berulang-ulang aku membaca doa itu dalam hati...

           Kami terus bergegas ke rumah pakcik menaiki kereta unser dan motor CT100..setibanya kami di rumah pakcik, pakcik mencadangkan supaya kita bawa kereta unser saja tanpa memerlukan kereta yang lain kerana kereta unser saja sudah muat untuk 8 orang..kami terus meluru laju ke hospital dengan kereta yang dipandu oleh pakcik yang kelajuannya agak sederhana dan tidak berapa laju..dalam perjalanan, kami membaca Yasin beramai2 di dalam kereta..itulah pengalaman…

          Setibanya di hospital, kami mencari parking dan terus ke wad kritikal no 6 untuk menunggu khabar dari Dr. F yang mana ia juga ikhwah..memudahkan kerja kami..Dr.NA yang bekerja sebagai doktor pergigian keluar dari wad kritikal tersebut..lalu pakcik terus bertanya kepada Dr. NA dalam keadaan hati yang berdebar dan tidak tenteram kelihatannya,…
         
Pakcik S: “ akh!, macam mana keadaan IK?.teruk ke syekh??!!!...
        
  Dr. NA: teruk jugak pakcik..katanya, giginya di depan patah 2..tendon yang menggerakkan jari ditangan putus..kakinya patah dan ibu jari kakinya dikatakan sudah hancur..mintak semua doakanlah yer!...

       Mendengar berita dari Dr. NA tu, menyebabkan jantung aku hampir berhenti seketika, dan terasa macam nak gugur jantung..doaku tidak putus-putus untuk akh IK..kami menunggu hampir sejam diluar wad kritikal yang mana labelnya berwarna MERAH..pakcik berkeputusan untuk ikhwah solat isya’ dulu di Surau MAIDAM..betul-betul sebelah hospital besar dan sangat dekat dengan pantai..kami terus ke surau MAIDAM, ambil wudhu’ dan terus solat yang diimamkan oleh murabbi kami sendiri..

        Seusai solat Isya’ bersama, pakcik meminta untuk sama-sama buat solat hajat..sedang solat, aku terdengar satu esakan..hampir tidak khusyu’ dibuatnya..aku mencari dimanakah esakan itu..esakan siapakah itu?.adakah itu esakan tangisan atau esakan sebab selesema..selepas solat hajat, pakcik membacakan doa Rabithah dalam keadaan teresak-esak..rupanya esakan itu adalah esakan murabbi kami..aku tidak dapat menahan lalu mengalirkan juga air mata kerana esakan itu semakin kuat disusuli dengan nada suara yang benar2 ikhlas memohon pada Allah agar diberi kesembuhan kepada akh IK..itulah tangisan Sang Murabbi..yang risaukan setiap anak2 usrahnya..hanya dengan esakan itu, aku memuhasabah diri sendiri bahawa tangisan murabbi itu cukup memberi kesan…
Seusai solat, pakcik terus cepat-cepat berpaling dari sejadah dan turun ke bawah..mungkin dia tidak mahu ikhwah yang lain menyedari akan tangisan itu..aku dapat call dari akh UHS,..
         
Akh UHS: akh, pakcik panggil makan jom..ajak semua ikhwah turun..

       Lalu kami turun dan terus bergerak ke kedai makan di sebelah pantai..angin yang bertiup itu, menghembus muka dan rambutku..alhamdulillah!, dapat sedikit ketenangan di tengah2 kerisauan itu..kami memesan makanan untuk mengisi perut yang sudah mula berbunyi walaupun di RI sudah memasak petangnya..keropok lekor goreng, mee hoon goring, air kelapa..alhamdulillah!, kenyang!..ditengah2 menikmati makanan, pakcik S memulakan ceritanya berkenaan sahabatnya yang apabila mendengar kematian anaknya, terus terbabas..panjang pula kalau ingin diceritakan..aku menganggap, itulah usrah secara tidak langsung walaupun dalam kereta sudah banyak berbicara…

       Kami terus ke hospital selepas makan untuk mengetahu perkembangan terkini tentang akh IK..pergi semula ke wad kritikal dan makcik guard tu kata yang akh IK sudah dipindahkan ke wad biasa..Alhamdulillah..jam waktu itu menunjukkan 11 lebih..sudah lewat malam dan menyebabkan ikhwah tidak berpeluang untuk masuk dan tengok keadaan macam mana..kelihatan adik2 medik pun setia menunggu ketika itu..haikal, ayub, iman, syamim dan nazim..Akhirnya, kami semua berkeputusan untuk pulang dan menziarahinya keesokan harinya..malam itu akh IdM secara sukarela menawarkan diri untuk menjaga akh IK..moga Allah mengganjari usaha akh IdM..itulah ukhuwwah yang OSEM!...

       Benar!, aku benar2 merasai kekurangan bila tiada dia di RI..jika semasa adanya dia, dialah antara individu yang sedikit sebanyak membantu kami dalam menjaga mutabaah terutamanya subuh berjemaah di surau..dialah yang bertindak sebagai ketua keluarga..yang menguruskan segalanya..andai ada ikhwah yang terasa antara satu sama lain, dialah antara penyelesai masalah ikhwah..aku nampak kehikmahannya dalam sesuatu perkara..

      Dia jugalah antara tempat untuk aku berbincang soal DnT..soal mutarabbi masing2..dia seorang yang bersemangat dan bersungguh dalam dakwahnya..besar ganjarannya tu..moga ada hikmahnya atas segala perkara yang berlaku..mungkin peristiwa ini bakal melajukan lagi gerak kerja dan meningkatkan lagi hammasahnya..sungguh!, aku mendoakan akh IK cepat sembuh!..kerana yakinlah!, Rumah Islami KITA amat memerlukanmu..UHIBBUKA FILLAH…

“ Walau apa jua yang berlaku, izzah terhadap Islam itu mesti KITA zahirkan dengan usaha menyeru dan membina manusia..teruskan berjuang ikhwah..kita umpama satu jasad! “

~ SYAFAKALLAH YA AKHI ~

* Dedicate to our senior in DnT, akh IK .we always pray for your health..=)

muslimdaie90_Surau Irfan, Universiti Mengabang Telipot ( 060312; 2:00 AM)




Ulasan