~ Kesibukan dan binaan itu ~





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, Allah itu sayang akan hambanya dengan memberikan nikmat Iman dan Islam..dua nikmat yg manusia kecapi hingga kini..namun, adakah kita ini hamba-hambaNya yg bersyukur...

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Syukur yg tidak terhingga juga ku panjatkan pada Allah atas kekuatan yg Allah kurniakan untuk aku menggerakkan 'keyboard' utk teruskan penulisan..aku sedar agak lama tidak menulis dan meluahkan rasa isi hati..ada yg berkata, "apa guna buat blog kalau nak buat luahan hati dan perasaan"..tersentak juga dgn penangan itu..namun,aku berpandangan positif terhadap kata-katanya.mungkin ada sesetengah pihak yg salah guna medan blog ini..macam2 ragam manusia..bila direnung kembali, hebatnya Allah menciptakan manusia pelbagai karakter..kita tidak mampu utk mengetahui peribadi seseorang jika proses ta'aruf itu tidak berjalan dgn baik...


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".(Surah al.Hujurat:13)
Sedar x sedar, aku sudah berada di tahun 3 pengajian di tempat aku belajar..TAHUN 3..tahun yang menyebabkan pelbagai perkara yg bermain diminda..juga tahun yg agak mem'BZ'kan dgn assignment dan Projek Tahun Akhir..tapi aku berpegang dgn satu prinsip yg jelas bahawa semua kesibukan itu tidak patut dijadikan alasan utk aku meninggalkan atau berlemah atas jalan DnT ni..kerana tanpa jalan ini, aku seperti muslim biasa dan mungkin aku ini sama seperti org non-muslim yg hidupnya makan,tidur dan STUDY..dan akan menyebabkan aku lupa matlamat aku dijadikan oleh Allah...


Hampir 3 bulan pengajian, mengajarku bemacam2 perkara..aku juga risau akan kesibukan ini..aku bimbang aku ini tertapis disebabkan oleh kesibukan aku ini..yg sepatutnya aku sibuk utk Islam, tetapi sibuk utk duniawi..Allahu Rabbi...


Tahun akhir ini aku ingin mengakhirinya dgn tinggal bersama ikhwah kesayangan di Rumah Islami(RI) kami..aku menyedari bahawa gerak kerja kami seikhwah kian berbeza..kami bergerak sbg satu katibah/batalion..jika ada yg terjatuh, kami akan hulurkan tangan...


Kini, batalion kami kian membiak dan terus membiak..adik2 terus ditajmik..membina takungan mad'u yg besar..melihat ikhwah yg kerja "giler2" menyebabkan semangat aku kian berkobar semarak..teruskan membentuk halaqah dan merencanakan program2 yg membina fikrah mereka..program yg membuatkan mereka CINTA akan tarbiyyah dan xmahu lari dari halaqah tarbiyyah ini..semua itu perlu kpd Al-FAHMU...


Melihat juga anak2 binaanku yg bersemangat..membawa halaqahnya..ada juga anak binaan yg masih tidak punya keyakinan utk bawa halaqah disebabkan taraf ilmu..namun, aku kini gembira kerana sudah punya cucu usrah yg mungkin mereka itu lebih baik dariku..syukur pada Allah kerana sebuah kefahaman yg dikurniakan itu....


Indahnya apabila ada ikhwah yg sudi 'sharing' ttg permasalahan halaqahnya..bermacam2 ragam anak halaqah ini..ada yg cenderung kpd kepimpinan..ada yg cenderung kpd tasawwuf..ada yg cenderung kpd akademik..huh!..cabaran2~~..murabbi kena bijak..genius..permasalahan ini pasti boleh diselesaikan..dengan hikmah!..Teruskan DF..muayyasyah..sharing moment..CURHAT..inilah kiat-kiat mengikat objek dakwah...





" Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.( Al-Qasas: 56)

Ingatlah duhai murabbi..kita ini bermain dgn jiwa sang mutarabbi..mereka itu sakit..dang terkadang kita yg sakit pada hakikatnya..jadi ingatlah bahawa murabbi itu adalah doktor dan mutarabbi itu adalah pesakitnya..hanya doktor dibidangnya sahaja akan tahu penawar bagi penyakit pesakit itu..mutarabbi yg berbeza ini, 'ubat'nya juga berbeza..tapi, itulah da'ie..kena bijak membaca gaya fikir mad'u...


Marilah kita meningkatkan iman KITA dan anak binaan kita...


Moga Allah memberi kekuatan padaku utk menulis lagi~~~


muslimdaie90_Gong.Badak, KT

Ulasan