~Petua nak jadi fasih~



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa rahsia orang boleh berpidato di hadapan khalayak ramai tanpa gugup. Menghadiri training berbayar? Selalu berlatih? Jampi serapah? 
كُنْ صَحِيْحًا فِى السِّرِّ تَكُنْ فَصِيْحًا فِى الْعَلاَنِيَةِ

Itulah jawapan dari Sheikh Abdul Qadir Jailani. Jadilah benar ketika kamu bersunyi2an (berseorangan) nescaya kamu menjadi fasih di khalayak ramai.

Ketika berseorangan kita makin kuat dengan Allah S.W.T. Semakin khusyuk denganNya. Semakin lazat membayangkan kebesaranNya, SifatNya dan nama-namaNya Yang Mulia.

Kalau itu mantap, khalayak manusia akan menumpukan setiap patah bicara kita. Bicara kita terpancar dari hati yang jernih. Ia bertolak dari KEIKHLASAN seorang dai'e yang ditarbiyah saban minggu.

Untuk menjadi fasih, bercita-citalah untuk tidak memberi pendapat atau untuk tidak bercakap di khalayak ramai. 

Tetapi bila diminta, mulakanlah dengan ikhlas dan jangan cuba berniat perli atau berniat nak hentam, tembak dan kenakan orang lain


Bila ulangkaji kehebatan Muktamar Khamis Al-Banna, dia ada sebut: 
كُنْتُ أَوَدُّ أَنْ نَظِلَّ دَائِمًا نَعْمَلُ وَلاَ نَتَكَلَّمُ

Sebenarnya saya ingin sentiasa beramal
dan tidak banyak berbicara
حـسـن الـديـن  مـحـمـد  يـونـس
hasanuddin mohd yunus

Ulasan