~Apabila timbulnya masalah...~



Mutarabbi 1: "abg, ana bukan xnak komit cume ana xdek keyakinan utk tarik org masuk usrah la"(tersenyum mendengar)..

Mutarabbi 2: "abg, ana ade sorang mad'u ni..cadang nak tarik dia masuk sistem kita..tapiiii...dia ni perempuan la.hehe
(satu usrah gelak)..abg, knapa yer kite ni lebih mudah nak tarik perempuan brbanding lelaki??.mcm mana cara nak linkkn perempuan ni??”.

Mutarabbi 3: “ abg, ana boleh komit dgn usrah tapi ana liat sikit la nak pegi prog kat luar..maklumlah, ana ni bukan jenis yg suke berjalan”

Mutarabbi 4(senior dari ana, 24 tahun): “akhi, ana ade sorang mad’u..ana nak minx anta tarbiyyah dia,ana rasa anta layak utk tarbiyyah dia,tapiiiii…dia ni akhawat la!.huhu..(terkejut!..muka ana jadi merah..marah or malu?)

Subhanallah, inilah persoalan dari sesi qodoya kami, terkesima juga mendengar persoalan ini dari mutarabbiku. Inilah antara permasalahan yang timbul dalam kalangan da'ie yg baru ingin mengenal dunia dakwah dan tarbiyyah(DnT) ini..

Aku terfikir, benar!, terkadang masalah ini sendiri pun berlaku pada kita pada awalnya tiada keyakinan, senang nak tarik perempuan dari lelaki, xnak jalan jauh dan sebagainya..sesi qodoya ni antara sesi yang paling menarik sebab dapat bincang masalah dengan ikhwah..

Benar!..kefahaman kita dengan adik2 adalah sangat2 berbeza. Mereka masih mentah dan dalam proses untuk belajar menyelami dunia dakwah ini. Mungkin pada tahap ini amatlah memerlukan bimbingan dari naqibnya dalam mendidik mereka untuk menjadi penyelam dakwah yang baik..

Apa beza kita dengan mutarabbi kita???. Kenapa kita lebih mudah untuk komit dan berkeyakinan untuk bawa usrah??. Kenapa kita xtarik perempuan masuk sistem kita,walaupun hakikatnya tarik perempuan lebih mudah berbanding lelaki yang agak liat tu??. Kenapa kita ni mudah nak pergi program luar seperti daurah, mukhayyam, mabit, katibah dan sebagainya tanpa memberi alasan yang banyak??. Kenapa kita sendiri yang tidak mentarbiyyah akhawat??..

Jawapan yang paling mudah adalah kerana kita FAHAM!!!

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. [Az-zumar: 9]

Hmm, garu juga kepala memikirkan masalah2 ni. Kadang2, tersenyum sendirian, macam kelakar pun ada...

Keyakinan??. Ramai yang menjadikan, ketidak yakinan menyebabkan mereka ini xbawa usrah, xme’lasso’ mad’u2 dan sebagainya. Benar!..ia amat mudah bagi kita FAHAM tapi perkara ini normal bagi adik2..dan menjadi tanggungjawab kita untuk guide mereka ini..banyak daurah yang mereka namun xnampak jalan, macam mana nak bergerak dan menjadi penggerak dakwah ini..ilmu juga antara faktor yang menyebabkan kita susah nak tarik orang..sebab itu dalam halaqah, perlu juga seorang naqib untuk topup kefahaman adik2 ini..bukan setakat menerapkan ilmu@thaqofah tapi terapkan juga fikrah supaya mereka merasai kepentingan dakwah dan tarbiyyah ini..ilmu amat penting dalam kita memberi kepda si penerima..Aku meyakinkan mutarabbi dengan mengatakan, “akhi, ana boleh ajar enta satu persatu macam mana nak tarik orang..itulah yang dikatakan kefahaman kita tentang Dakwah Fardhiah(hehe)..simple je tuh”..

Nak tarik perempuan lebih mudah berbanding lelaki??!!!..hmm, betul la tu..mungkin kerana kajian saintifik mengatakan cas setiap individu adalah berbeza dan cas antara silang jantina pun berbeza..mungkin kerana perempuan lebih mudah tertarik dengan lelaki sebab cas yang berbeza..lelaki, +ve..perempuan, -ve…macam magnet juga la..apabila dah melekat, mungkin susah nak tanggalkan..ini perkara yang biasa dalam kalangan para da’ie ni..tapi kita punya iman dalam diri..kita percaya bahawa Allah pasti akan membalas kepada hambaNya yang bermaksiat kpdNya..janganlah kita ini mendekati zina..mungkin mula2 rasa biasa je..xde perasaan pun tapi lama-kelamaan, akan terdetik di hati kita..itu dah masalah hati or zina hati..moga Allah menjauhkan kita dari fitnah..mungkin kalau kita sudah ada sahabat perempuan yang minat akan usrah dan yakin fikrah kita, linkkanlah dengan akak2 yang FAHAM..akhawat ramai..xperlu la ikhwah yang nak jaga akhawat tu sebab kita tiada ikatan dengan perempuan tu..nanti sekejap je fitnah tersebar disebabkan kesilapan kita sendiri…

Liat nak pergi program luar??..kenapa??.takut atau malas??. Mungkin ini yang timbul di fikiran adik2..kadang kala di sebabkan kefahaman mereka yang xberapa mengerti akan kepentingan dakwah ini, mereka merasakan takut dan malas..tapi kalau kita yang faham buat macam tu juga, memang kena “smash” ngan murabbi la..mereka mungkin takut kerana program ini tiada kelulusan dari pihak universiti..mereka mungkin malas kerana mereka kata,xpela, ana pegi lain kali jela..kata2 yang terungkap dan menunjukkan mereka ini masih xmerasa ‘basah’ dengan DnT..kenapa perlu takut dengan manusia??.Allah sudah berjanji barangsiapa yang membantu agama Allah, Allah akan bantu dia..

“Barang siapa yang menolong (agama) Allah, Allah pasti akan menolong urusan urusannya, serta Allah akan teguhkan (naikkan) kedudukannya”.[Muhammad: 7]

Malas??.natijah daripada sifat malas adalah kita akan lari dari medan dakwah.futur!!!.lari dari tanggungjawab sebagai khalifah Allah..kita nak jadi pemalas dalam dakwah atau pejuang dalam dakwah??..jika kita masih merasa malas, maka kita tidak cinta akan dakwah ini..kita tidak cinta akan Islam..kalau nak tengok Islam kembali gemilang, perlulah jadi pejuang Islam!!!..pejuang yang xmengenal erti penat lelah..pejuang yang sanggup berkorban untuk jalan DnT ini. beza orang cinta dan suka..jika kita cinta akan Islam, maka kita sanggup berbuat apa saja untuk Islam..tapi jika kita suka, maka kita sekadar suka dan minat tengok Islam tanpa berbuat apa2..kita cinta akan Islam ya akhi!!!..

Ikhwah tarbiyyah akhawat??!!!..sistem tarbiyyah mana tu??..pelik2..pelik tapi berlaku juga dalam kalangan para da’ie..mereka menganggap, tidak ada masalah untuk ikhwah mentarbiyyah akhawat..muslimin tarbiyyah muslimat..betul ke??!!!..kita sebagai da’ie seboleh2nya menjauhkan diri dari perempuan..mereka adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki..sebab itulah bila berprogram kita asing ikhwah akhawat..bila buat daurah, dipasangnya tabir yang tinggi..memang xnampak la si akhawat..dan si ikhwah dan si akhawat pun boleh fokus untuk terima pengisian dari muwajjih..tapi akhi, sedih juga melihat ada di kalangan kita menganggap percampuran silang jantina adalah perkara biasa..mereka cakap itu bergantung kepada diri masing2 la nak jaga sedangkan Islam suka untuk mengambil langkah pencegahan..tengok, bila bercampur pasti seronok kan??..dapat gelak2 ngan muslimat..dapat ta’aruf dengan muslimat dengan lebih mendalam..nak rapatkan ukhuwah la, xnak ada jurang la, apa la..ingat program asing xberjalan ke gerak kerja dakwah??!!!..dan hasil dari itu, pasti lepas habis program, si muslimin berkata, “syekh, cantik jgk muslimat tu..bile tengok dia dari dekat terus memikat hati..mata dia mcm adik ana..terasa sejuk hati ini..isteri solehah tu..hati ana dah terpaut pada dia la akhi.ana nak org mcm dia jadi zaujah ana..masalah hati ni”..Si muslimat pula berkata, “ukhti, enti tgk x muslimin yg selalu pakai kopiah..dia tu hensem jgk..ade rupa la..ana suka la cara dia bercakap..ade ruh..dia pun nampak thiqah je..ana harap dia la jodoh ana”..

akhi!,adakah itu topik perbincangan kita yang sebenarnya??..muslimin cerita pasal muslimat, muslimat cerita pasal muslimin..sedangkan banyak lagi perkara yang lebih penting dari itu untuk kita bincangkan..masalah umat, masalah usrah, masalah perlaksanaan manhaj dan sebagainya..perbincangan yang tidak sepatutnya akan menyebabkan terhakisnya himmah, izzah dan hammasah akan dakwah..na’udzubillah..biarlah akhawat yang mentarbiyyah akhawat..kita fokus pada ikhwah je agar fikrah dan dakwah kita itu terkesan pada para mad’u..

Itulah antara persoalan dan jawapan sekadar yang termampu..manisnya DnT dirasai semua..atas jalan ini jua kita bersatu..agar tertaut mahabbah, memudahkan dalam gerak kerja kita..berjihadlah dalam keadaan senang atau susah..moga Allah mengganjari amalan kita semua..

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.[At-taubah: 41]

Wallahua’lam..

Muslimdaie90_KT









Ulasan

Bashir IbnDzul berkata…
assalaamu'alaikum,

hurm, berat juga masalah mutarabbi enta ni. apapun, moga Allah beri kesabaran untuk terus melayan karenah mereka.. ^^
Ilham Iffah Afifah berkata…
Tahniah dan syukran atas perk0ngsian ilmu ini,..Satu pandangan yg baik,penulisan akhi membawa manfaat kepada sejagat,..Ini bukanlah satu pujian,tetapi pandangan yg serasa sy,memang ada benar apa yg akhi katakan itu,..~