~Masalah yg melanda ikhwah akhawat~



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Alhamdulillah, Allah telah memberi kekuatan pada diri ini utk berhadapan dgn suatu alat elektronik yg byk mnfaatnya utk mihwar dakwah dan tarbiyyah…SubhanAllah, lihatlah kekuasaan Allah mencipta dan mentadbir alam ini. Dengan kekuasaan Allah jualah, bergeraknya jari-jemari ini utk menulis serta berkongsi pengalaman. Setiap yang Allah jadikan langit dan bumi, semua mmberi manfaat kpd kita..sedangkan alam jua bisa mentarbiyyah suatu jiwa jika mereka itu berfikir ttg kejadian Allah..

“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".[Az-zukhruf: 9]

Indah sungguh ciptaan Allah, namun tidak di lupakan juga tanggungjwb yg berat utk menyampaikan dakwah. Zaman dakwah org2 lama dulu amat berbeza andai di bandingkan dua zaman ini. Dakwah kita berbeza dengan dakwah di zaman As-syahid Hasan Al-Banna. Di Mesir, di sebut ttg usrah,pelbagai mehnah dan tribulasi menanti para da’ie ilallah. Tapi nak dibandingkan dgn suasana di Malaysia ini, amat berbeza. Peluang dakwah lebih besar kerana gerakan dakwah tidak di kecam hebat seperti mana Ihkwanul Muslimin menghadapinya.

Peluang ini telah terbentang luas di hadapan mata. Adakah aktiviis dakwah masih ragu2 utk sampaikan dakwah?!!!.Pelbagai program2 Islamik dapat di buat di Malaysia nih tanpa ada sekatan seperti forum2,perdebatan dan mcm2 lagi. Dengan bahasa mudahnya, dakwah tidak perlu lagi sembunyi2. Di sebabkan kebebasan tanpa panduan menyebabkan kehendak pertemuan ikhwah akhawat pun xdpat nak di elakkan. Tapi adakahperkara ini berlaku di sebabkan peredaran zaman?!.Adakah kita juga sbg aktivis dakwah telah terpengaruh dgn peredaran zaman dgn meng’reformasi’kan hijab ikhwah akhawat?.Adakah masalah ikhtilat ini terasa seperti sudah mendarah daging antara da’ie?.

Mengadakan prtemuan tanpa hijab@tabir, sering menelefon ats prka trtentu, seterusnya berSMS, miscall utk mengingatkan waktu meeting sudah brmula, emel dan kemudahan teknologi yg lain jelas mnjadi corak yg mewarnai pergaulan antara ikhwah akhawat. Jika kelonggaran ini terus berlaku tanpa pncgahan dan kawalan, d khuatiri segala aktivisme dakwah akan hilang keistimewaannya yg mesti dimiliki oleh dakwah itu. Jika sudah demikian, apa bezanya kite dgn yg lain?.

“Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus.[Al-A’raf: 16]

Di lihat perkara ikhtilat ni amat serius. Bila bergerak kerja tanpa keberkatan, maka akan timbullah masalah ilmu xmemberi kesan kpd amal. Bila di kaji dan di teliti, trdapat faktor yg mnybabkan masalah ini boleh trjadi. Antara faktor yg jelas adalah kefahaman@ thaqafah. Walaupun diri sudah memenuhi ciri sbg seorg aktivis dakwah, tapi xsemua yg FAHAM ttg ikhtilat itu. Mereka TAHU kena jaga ikhtilat, tapi ketempangan ternampak pda aktiviti2 yg di laksanakan. Banyak antara mereka yg ‘terjerat’ dulu, baru benar2 nak memahami kepentingan ikhtilat bgi prjalanan dakwah yg kite perjuangkan ni.

Kemudian, permasalahan ukhuwwah antara mereka. Ukhuwwah yg kelihatan ‘uzur’ sesama akhawat menyebabkan akhawat tu lebih suke untuk brkongsi masalah atau bercerita kpd ikhwah. Di sebabkan byk menghandle program2 bersama, menyebabkan timbul masalah2 sehingga membawa kpd masalah peribadi. Masalah yg di rasai seronok bile kongsi ngan lain jantina. Same2 ikut tarbiyyah la katekan..Na’uzubillah

Dan yg paling utama adalah kurangnya bimbingan atau dari para murabbi yg lebih FAHAM. Jangan fikir segala apa yg kita buat dalam medan dakwah ini adalah betul belaka!!. Sedangkan kite ‘budak mentah’ dalam dunia dakwah ni. Murabbi adalah seorang yg dah jelas ttg dunia ini kerana corak dakwah dan tarbiyyah di zaman mereka lebih ‘hardcore’ berbanding kini.

Moga dapat memberi iktibar kpd kita para aktivis dakwah. Moga di ambil ibrah dari post nih. Supaya dakwah suci sampai kepada hati ummat lalu menyucikan hati ummat..Wallahua’lam…

Ulasan

Nurina Izzati berkata…
salam ukhuwah fillah,
entry yang sangat menarik.
mudah-mudahan usaha dakwah seperti ini diteruskan, insya Allah.
IBA berkata…
wsalam alaik,
jzkk ukhti..
moga semua mndapat manfaat yg akan di aplikasikan bersama..
bi iznillah..insyaAllah.