Study vs Dakwah: bukan mcm jongkang-jongkit...

Akhi, jomlah pergi usrah
Akhi, jomlah berdakwah
Akhi, ummah semakin koyak
Akhi, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya

Ana tidak mahu
Ana kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Ana menyesal megikuti semua itu
Bosan!!

Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Ana buatlah kerja dakwah tu
Kalau ana buat kerja dakwah, ana gagal
dalam pelajaran nanti
Kan nanti ana menutup mata orang lain
terhadap Islam

Akhi, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa enta merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud enta?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Ana tidak faham

Tak pe, ana terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu

Ana tak pernah rasa semua itu
Dah tu, selama ni enta nak cakap yang
ana ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud ana
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?


Ok, ana berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah


Ana dah faham
Ana kena banyak muhasabah
Ana dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Ana tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Ana yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut


Akhi, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
”Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam”..
Akhi, itulah yang inginku kubentuk
dalam diri ana
Ana ingin setiap perbuatan ana menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Akhi, ana ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabat ana di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.



Akhi,enta pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi. Semua manusia
mengenalinya. Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah..



Tak nak kah kita menyambung usaha dakwah ini??..

Sedangkan kita prlukan dakwah dan dakwah xperlukan kita..

Kerana ramai lagi yg berlumba utk menjadi para da’ie ilallah..

Cuma doaku buat sahabat2, thabatlah atas jalan perjuangan ini.

Tidak kira berlainan wadah atau gerakan namun kita punya matlamat yg sama..

Untuk melihat Islam bangkit kembali membentuk khilafah..

InsyaAllah..

Ulasan

Naj berkata…
salam ziarah..
thumbs up utk en3 ni ya..
wlpn santai,simple..in de form of conversation but lies lots of advises for people to think and truly understand the real meaning of dakwah.
teringat lak kat satu artikel ust hasrizal bekenaan isu dakwah2 di alam universiti..
http://saifulislam.com/?p=2070..

p/s:mohon izin utk shre di blog ya, syukran :)
Tanpa Nama berkata…
mabruk!! ahsanta, alhmdulillah~
Ambillah ibrah dri post ni..kdg2 prkara trsebut trjdi pada diri kite sndri..same2 muhasabah.