Satu sejarah tercipta...


Assalamualaikum..

hari ini terasa bosan lalu terus memegang keyboard ini..
moga Allah memberi kekuatan kepadaku utk memposting hari ini..

Alhamdulillah, baru2 ini telah dilancarkan suatu wadah perjuangan yang ana kira amat jelas matlamatnya buat dakwah dan tarbiyyah..inilah usaha jamaah buat ummah..agar ummah dapat membuka mata atas suatu perubahan yg besar yg dibuat oleh wadah ini..

Ana kebetulan baru pulang dari mukhayyam di batu belah,klang(pengalaman di mukhayyam nnti ana cerita kat post lain)..Ana bersama rombongan mukhayyam ikhwah dan akhawat terus ke MIECC,Sri Kembangan,Selangor bagi menghadiri majlis pelancaran IKRAM di sana..Walaupun kami agak penat,tapi rasa penat itu tiba2 hilang sejurus selepas turun dari bas..kami hadir bagi menyatakan sokongan kepada jamaah dgn kehadiran hampir 5535 org yg hadir dan secara xlgsung akan menjadi du'at,insyaAllah...

Kami terus bergerak ke lobi pusat konvensyen tersebut bagi mengikuti majlis tersebut..majlis berjalan dgn lancar..ana tersentuh lalu mengalirkan air mata bila menyanyikan lagu IKRAM..sungguh besar usaha jamaah utk mnegakkan Islam bagi memperkasakan dakwah dan tarbiyyah..

Kadang2 kita sempat lagi goyang kaki sedangkan ummah memerlukan kita sume utk ubah mereka..sebab itu ana merasakan ini merupakan suatu perubahan yg besar dlm mmbantu agama Allah bersama jamaah2 yg lain..

Moga dengan kehadiran IKRAM ini menjadi pemangkin kepada usaha kita semua dalam memacu Islam secara keseluruhan agar usaha ini meresap ke dalam hati ummah.."Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...[2:143].

Sama2lah kite gerakkan dakwah dan tarbiyyah yg penuh dgn mehnah dan tribulasi ini..ana doakan semua ahli IKRAM serta da'ie ilallah moga thabat atas jalan Allah..moga Allah melindungi kita bersama..

IKRAM Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne Lagu oleh: Saff One Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah

IKRAM wadah perjuangan


Laman web rasmi IKRAM :-http://www.ikram.org.my/v1/

Ulasan

Muhaimin Al-Ghorib berkata…
Salam. Jutaan tahniah dan sybas ana ucapkan kepada IKRAM. Sesuatu yang amat bermanfaat apabila IKRAM menggabungkan diri dengan PAS demi perjuangan ISlam di Malaysia.
ygBaek2je berkata…
salam.
dakwah & tarbiyah sajakah?
macamana dengan siyasah?
bagi ana, dakwah,tarbiyah & siyasah tidak boleh dipisahkan.
seakan kembar tiga.
bagi anta?
wassalam.
IBA berkata…
wsalam,
masing2 ade pmbawaan masing2..Al-banna prnh brkata;
bersama atas perkara yg disepakati dan berlapang dada atas perkara yg berbeza pndapat...
org akan bersiyasah atas dasar kejahilan jika dakwah dan tarbiyyah xsetle..
pmbinaan individu muslim pntg..
org yg faham ruang lingkup dakwah dan tarbiyyah dgn baik,scra automatik dia akan bersiyasah..
msg2 nak bawa Islam,jadi xkisah di mana ia berada,yg pntg dpt sumbang ssuatu utk Islam..
kita bkn nak tegakkan siyasah,tpi Islam..
xkisah mana2 pon..
wassalam.