Ada apa dengan USRAH?

Prof Dr. Taufik Yusuf al-Wa’iy di dalam bukunya Al-Quduratu Adz-Dzihniyatu wadz Dzatiyatu lil Murobbi wad Da’iyati menjelaskan peranan sebagai seorang murabbi. Antara peranannya ialah berusaha dan berperanan dalam menjayakan agenda usrah dan berupaya merealisasikan rukun-rukun usrah. Di dalam tulisan tersebut, beliau menjelaskan manfaat-manfaat usrah.

Antara manfaat-manfaat usrah ialah:

Manfaat untuk pembentukan individu

* Membantu membentuk keperibadian muslim sejati yang bersepadu dan holistik samada dari aspek akidah, pemikiran, keilmuan, perilaku, gerakan dan pengurusan.

* Memberikan latihan aplikatif dalam menerapkan prinsip kebebasan berfikir dan mendengar pandangan orang lain serta tidak memandang rendah atau remeh pendapat orang lain.

* Ia juga medium seorang muslim memperolehi latihan dan pembiasaan, mengimplementasikan makna ukhuwwah.

* Ia juga mendidik setiap anggota agar berupaya melakukan tarbiyah dzatiyyah (pendidikan kendiri - self learning).

* Ia juga berperanan mengembangkan keupayaan (capability) dan kompetensi anggota, melatih ahli teknik problem solving (penyelesaian masalah) dan mengatasai hambatan dalam amal islami (halangan peribadi, masalah fitrah, kepelbagaian karektor dan sebagainya).

* Ia merupakan proses melatih individu agar berupaya memikul mas’uliah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.


Manfaat kepada pembinaan keluarga Islam

* Usrah membantu setiap akh dalam memilih isteri yang beragama dan berakhlak mulia.

* Membentuk rumahtangga muslim yang islami dimulai dari perilaku dan akhlak suami isteri, cara berpakaian, berinteraksi dan sebagainya.

* Wahana untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam.


Manfaat bagi sebuah organisasi (jamaah)

* Alat memperkukuh ikatan ukhuwwah antara ahli dan kepemimpinan organisasi melalui proses latihan, aplikasi dan mentoring (penyeliaan).

* Membentuk arus kesedaran anggota terhadap isu-isu semasa sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

* Usrah juga mampu mengaplikasikan makna izzah terhadap Islam diterapkan ke dalam jiwa, memantapkan iltizam terhadap perilaku dan akhlak Islam.

* Ia juga merealisasikan makna wala' dan iltizam jama’ie di dalam organisasi.

* Ia juga mendidik anggota makna intima’ haraki di dalam berjamaah serta memahamkan konsep pengurusan dalam beramal.


Manfaat kepada masyarakat

* Usrah mendidik akh agar berperanan di dalm sektor masyarakat dengan memasuki wilayah umum seperti sekolah, universiti, kilang, yayasan, lembaga, khidmat masyarakat dan jaringan sosial.

* Justeru setiap anggota harus tampil sebagai teladan (qudwah) di dalam keikhlasan, keadilan dan memenuhi hak-hak individi di dalam masayarakat.

* Usrah menjadi inkubuter mengkaji aspek negatif dan faktor-faktor kegagalan institusi masyarakat melalui pelatihan, kajian dianogsis dan penyelesaian aplikatif.

* Ahli usrah perlu terlibat aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

* Setiap ahli perlu dibekalkan informasi dan pengetahuan berkaitan realiti masyarakat agar dia mampu berperanan dan beraksi sebagai jurubicara umat dan penyelesai masalah.

* Setiap ahli harus menyerap dan melibatkan diri di dalam kelab-kelab sukan, lembaga sosial, institusi kebudayaan serta mempengaruhi tokoh-tokoh dan individu yang berpengaruh di dalam masyarakat.

Ulasan